Pages

Monday, September 12, 2011

Thank YOU..thanks to YOU..






































So goodbye don’t cry and smile 
those Emotional days i will 

treat it as a gift and give you 


So goodbye don’t cry and smile 
those exhausted years
for the sake of you i will forget..


my new favorite song...
playing again n again in my head..& make me smile..


Keep on smiling Husna..
Allah & Rasulullah would love to see u smile...
It is NOTHING..
It will fade..and just keep smiling..
Keep on smiling..Lillahi Taala..





Monday, September 5, 2011

Jangan ucap :"semoga berbahagia ke anak cucu" Sabda Rasulullah saw


Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,
“Semoga berbahagia dan ramai anak.”
Mendengar yang demikian Aqil berkata,
“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”
Mereka lalu bertanya,
“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab,
barakah2.jpg
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,
“Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab,
“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda,
barakah1.jpg
(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,
barakah3.jpg
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]
Dipetik dari Blog MyJodoh

Marilah kita sama2 buang adat2 lama,sedangkan DILARANG OLEH RASULULLAH kita yg tercinta..
Sedangkan Allah swt sahaja yg Maha Mengetahui sejauh mana,sehingga bilakah pernikahan atau perkahwinan seseorang itu.