Pages

Thursday, August 30, 2012

perasaan & prasangka

Perasaan itu datang dari hati..
Prasangka jua datangnya dari hati..

Jadi..setiap kali terbit rasa dalam hati, haruslah didahului dengan zikrullah..

Kebelakangan ini, kerap kali hati diduga..
Dengan perasaan & prasangka yang tidak baik..

Apa perlu dibuat?
Bila berperasaan sebegitu..bila ada prasangka begitu?
Istighfar...astaghfirullah..

Kenapa mereka harus begitu?
Kenapalah aku suka sangat padanya?
Apakah masalah dia sehingga berbuat begitu?
Mengapa mereka begitu jahil?

Lihatlah, dari perasaan boleh timbul prasangka..
Susahnya menjaga hati..kerana hati itu tiada lebih tiada kurang bukan milik kita..
Pinjaman semata..
Dan milik Allah swt..

Entah kenapa..sedih sekali perasaan ini di kala ini..
Mengapakah perlunya perasaan seperti ini..
Itulah..kerana Allah pasti kan menguji..
Tiap hambaNya..

Semoga hati ini sentiasa dikemudi dgn baik..
Diilhamkan Allah setiap saat..
Ditemani Allah setiap waktu..
Dirahmatinya sepanjang hayat..

Kecantikan luaran itu senipis kulit..


Ya..kita semua sama cantik..buang kulit kita yg nipis ini..beginilah rupa kita semua..sama sahaja..Rasa cantik? Kerana apa? Kulit awak putih? Hidung awk mancung? Mata awk buntang? Bibir awk mungil?Hee..kita semua sama shj di bawah lapisan kulit itu wahai sahabat..
Yang mbuat kita sebenar-benarnya cantik adalah hati kita..Ya hati, hati yg ikhlas akan mencantikkan tuannya..Dan hati yg busuk mburukkan tuannya..

Pengalaman diri ini melihat banyak sekali manusia yg ego.. Maaf itu bukan sesuatu yg biasa di bibir.. Terima kasih jarang sekali diungkap.. Ya,terima kasih adalah tanda penghargaan,kesyukuran kita pd org lain..

Dan kata-kata yg angkuh,ego dan sombong tidak mbawa kebaikan, malah meburukkan suasana..Ya,mungkin anda mbenci orang yg tersalah sangka pd anda.. Tetapi seandainya dia cuba menjelaskan keadaan dan meminta maaf, maka bersegeralah mendengar dan cubalah memahami orang lain.Sesungguhnya, setiap orang tidak sama, situasi, kesabaran, pemahaman, kekuatan, kepandaian dll..Namun,cubalah memahami orang lain.

Seandainya kecewa,luahkan dgn cara yg baik. Seeloknya setelah agak reda. Kerana di ketika itu mungkin keadaan sebenar akan lebih jelas sebelum mula menyalahkan orang.

Belajar menghormati orang lain. Walaupun di kala anda kecewa, marah dan sedih.Cari, cari sebab utk mhormati org lain. Dia lebih tua,dia patut difahami. Atau mungkin dia lebih muda, dia belum cukup matang, belum faham. Atau, dia telah banyak bersabar dgn ku, mungkin sampai masa utk aku pula bersabar..

Ya.,hati yg cantik,akan menjadikan kita cantik. Ya,mungkin tidak cantik di pandangan manusia, tetapi cantik disisi Allah, ini pasti.

Rasulullah saw bpesan :"Carilah 70 sebab sebelum kita menyalahkan orang lain, sebelum memarahi orang lain.."Sedangkan dengan hanya satu sebab,kita sudah boleh menghukum orang lain, tanpa cuba memahami kesukaran & kesulitan yg dialaminya.

Ya, cantik yg anda nampak pd manusia itu cuma senipis kulit. Yang mencantikkan kita sebenarnya adalah hati.

Jadi, andai ada salah silap saya, akhlak yg buruk, sangkaan yg tak elok, saya mohon kemaafan dari semua. MAAFKAN SAYA.

Salam sayang semua..

Sunday, July 29, 2012

MANA MAK??


Salam Ramadhan..

Salam sayang buat semua.. Sudah cukup lama coretan terbuku.. Sempena Ramadhan ini, Lulu nk kongsikan sebua cerita; tentang ibu/emak..

Cerita ini saya mahu juga kongsikan juga walau kalian sudah berkali membacanya..

Saya pernah terbaca sekali, dan dikala itu airmata saya gugur, kali ini, begitu juga.. 

Peringatan ini, baik utk kita..Bacalah..

Sebuah perkongsian yang di"copy& paste" oleh adik saya dan diemail kepada saya.. Semoga  kita mendapat manafaat darinya..
InsyaAllah.. Dan semoga kita menjadi anak yang soleh& solehah yg megejar redha Allah..


MANA MAK?


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.


Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Thursday, March 22, 2012

Sorry..and thank you...

Salamun alaik..

I am writing this straight from my heart...
I am writing this to all that i love...
I am writing this so that u know how much u really mean to me...

I am truly am sorry for all my mistakes..my flaws...my wrongdoings...
I am asking you guys for forgiveness...
I am lacking in everything...
I who have nothing...
Forgive me...

I...am also thankful...and grateful...
For all of you...
I am blessed with a great family...
And wonderful friends...
These two are enough for me...

These days...it seems so fast...so hard...
And..
Before its too late...
Before i ran out of time...

I wanna tell u guys how much i really love u...
This..is a piece of my heart...
I carves this feelings out...
So that..u know...
How special you are to me...

Thank Allah...
I am born in this great family...
Thank Allah...
That my path crossed yours my friend...

I ♥ u guys so much...
We may not have it all...
But together we have it all...

LUNMUSM,
me & my littlest things

Thursday, March 8, 2012

Ghurabaa'...dendangan "ikhwanul muslimeen"

Ghurabaa...Nasheed & Lyrics.

Nasyid ini menyentuh hatiku..
Nasyid ini didendangkan di dalam kandang penjara pesalah...
Oleh seorang IKHWANUL MUSLIMEEN ketika mereka dijatuhi hukuman mati..
Cinta mereka pada Islam....Cinta mereka pada Allah....
Sedikit tanpa gentar...Teguhnya Aqidah mereka...Tingginya islam mereka...
Tanpa setitis air mata...menerima hukuman mati...kerana mereka tahu...
SYURGA MENANTI...
Ya Allah...
Jadikanlah aku muslimah yg berjuang ikhlas di jalanMU keranaMU..
jangan pesongkan hatiku ya Allah...setelah Kau berikan daku hidayahMU...
pinjamkan daku kekuatanMU...untuk melaungkan TIADA TUHAN SELAIN ALLAH...DAN MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH...
Penuhi hatiku dengan cinta padaMU dan RasulMU ya Allah..
Dan biarlah setiap rasaku berkeranakanMU Ya ALLAH..
Biarlah setiap niat, langkah & perbuatanku berkeranakanMU Ya Allah...

Ameen..

Hayatilah lirik ini..dan nasyid ini...
Dari Ikhawanul Muslimeen...Mujahid Askar Allah..

Our Prophet :sallulahu alayhi wasalam: said something along the lines of "Islam initiated as something strange, and it would revert to its old position of being strange, so good tidings for the strangers". Sabda Rasulullah saw : "Islam itu datang dengan asing, dan di suatu masa ia akan kembali asing..Maka berita gembiralah buat orang asing"


GHURABAA'


Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa' tidak tunduk pada sesiapa melainkan Allah

Ghurabaa' war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life
Ghurabaa' telah memilih ini sebagai motto hidup

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah
Ghurabaa' tidak tunduk pada sesiapa melainkan Allah

Ghurabaa’ war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life
Ghurabaa' telah memilih ini sebagai motto hidup

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaat
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
Tanyakan pada kami, sedikita kami tidak gentar pada penzalim

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
Kami adalah askar-askar Allah, jalan kami telah ditempah khas

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaa
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
Tanyakan pada kami, sedikita kami tidak gentar pada penzalim

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
Kami adalah askar-askar Allah, jalan kami telah ditempah khas

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever
Tidak pernah kami kisahkan rantai yg membelenggu, malah kami rela meneruskan selamanya

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever
Tidak pernah kami kisahkan rantai yg membelenggu, malah kami rela meneruskan selamanya

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start
Jadi marilah kita berjihad, dan berperang dan berjuang dari mula

Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world
Ghurabaa' beginilah bagaimana kami bebas dalam dunia perhambaan

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start
Jadi marilah kita berjihad, dan berperang dan berjuang dari mula

Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world
Ghurabaa' beginilah bagaimana kami bebas dalam dunia perhambaan

Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy
Berkali-kali kami mengingati masa-masa gembira kami

Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
Bersama kitab Allah, kami dendangkan siang dan malam

Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy
Berkali-kali kami mengingati masa-masa gembira kami

Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
Bersama kitab Allah, kami dendangkan siang dan malam

Corrections: The underlined: By Striver

May Allah Subhanahu Wa Ta'aalaa dishonour all those who stand in the way of Al-Ghurabaa' (The Strangers)
Semoga Allah swt melaknat sesiapa yg menghalang jalan Ghurabaa'

TAKBIR!
ALLAHU AKBAR!
TAKBIR!
ALLAHU AKBAR!
TAKBIR!
ALLAHU AKBAR!

By: Ikhawanul Muslimeen
Nasheed

Monday, February 27, 2012

Duhai Anakku..Surat ini Buatmu..















SEBUAH SURAT Dari Ayah dan Ibu buat kita semua :

Duhai Anakku..

Ketika aku menjadi tua,
Aku harap Kamu mengerti,
dan bersabarlah dengan aku

Dalam alpa aku memecahkan piring
atau menumpahkan makanan di meja karena
Aku kehilangan penglihatanku,
Aku harap Engkau tidak memarahiku

Sememangnya orang yang lebih tua punyai hati yang sensitif,
selalu terkejut saat engkau berteriak

Ketika pendengaranku semakin berkurang,
dan aku tidak mendengar apa yang kamu katakan,
Aku harap kamu jangan panggil aku "Tuli!"
Tolong ulangi apa yang kamu katakan atau setidaknya menuliskannya

AnakKu,maafkanku

Aku semakin tua
Ketika lututku menjadi semakin lemah,
Aku harap engkau memiliki kesabaran untuk membantu aku bangun

Seperti bagaimana aku membantu Kamu saat engkau
masih kecil,
Belajar cara berjalan.
Aku harap bersabarlah dengan aku

Ketika aku terus mengulangi perkataanku sendiri
seperti kaset rosak,
Aku berharap kamu hanya terus mendengarkan aku

jangan mengejekku,
atau
bosan mendengarkan aku

Apakah kamu ingat ketika Kau masih kecil
dan kamu ingin sebuah ballon?

Kamu mengulang sendiri berkali-kali
sampai kamu mendapatkan apa yang kamu inginkan

Mohon maaf juga atas bau ku.
Aroma ku seperti orang tua

Tolong jangan memaksa aku untuk mandi.
Tubuh aku lemah.

Orang tua mudah sakit ketika mereka sedang meningkat usia.
Aku harap aku tidak mengotori Kamu.

Apakah Kau ingat ketika engkau masih kecil?
Aku berkejar-kejaran dengan engkau berkeliling
karena kamu tidak ingin mandi.

Aku harap kamu bisa bersabar dengan aku
Ketika aku selalu beleter
Ini semua bagian dari menjadi tua.
Engkau akan mengerti ketika engkau sudah tua

Dan jika Kamu memiliki waktu lapang,
Aku harap kita dapat berbicara
Walaupun untuk beberapa minit

Aku selalu keseorangan disepanjang waktu ku.
dan tak ada seorang pun untuk berbicara denganku

Aku tahu Kamu sibuk dengan kerjamu.

Bahkan Kamu tidak tertarik pada cerita ku,
Tolonglah punya waktu untuk ku.

Apakah kamu ingat ketika Kamu masih kecil?

Aku mendengarkan ceritamu

Bila saatnya tiba
dan aku menjadi sakit dan tak berupaya,

Aku harap Kamu memiliki kesabaran untuk
menjagaku.

MAAF AnakKu
jika aku sengaja mengompol
atau membuat keanak-anakkkan

Aku harap Kamu memiliki kesabaran untuk
merawat aku selama yang terakhir ini
beberapa saat dalam kehidupanku

Aku tidak akan tinggal lebih lama.
Ketika waktu kematianku datang,
Aku harap Kamu memegang tanganku
dan memberikan aku kekuatan untuk menghadapi kematian

Dan jangan kuathir ..

Ketika aku akhirnya bertemu dengan Pencipta kita ..
Aku akan berbisik di telinganya
untuk MEMBERKATI Kamu

Karena Kamu mencintai
Ibu Dan Ayah Kamu.
Terima kasih banyak atas perhatian Kamu.

Kami mencintai Kamu.
dengan Segenap Cinta,
IBU dan Ayah.

Saturday, February 25, 2012

Aku & Kamu.. Aqal & Hati..

Malam ini..
Hati ini sepi sekali..
Namun tenangnya tak diragui..

MasyaAllah..
Sungguh Allah itu, Maha Penyayang..
Dipenuhi siang...
Disunyikan malamku...

Esok..
Entah tiba entah tidak..
Rasa hati ingin berhenti..
Tetapi tidak sama sekali..
Ya..aku kuat..sungguh kuat!
:)
Tidak lain tidak bukan kerana Allah jua yg meminjamkan kekuatanNya..

Kadang ingin sekali memekik pada dunia...
Ingin sekali menjeritkan suara memberitahu semua..
AKU JUGA MANUSIA!!
sama seperti kalian...
AKU JUGA MANUSIA!!
tak sempurna seperti kalian...
AKU JUGA MANUSIA!!
punya perasaan...

ya...aku manusia..
punya rasa..punya kekurangan...
kalian sempurna?
kalian tiada rasa?
kalian lengkap segala?

TIDAK!!
kalian juga hina...sepertiku jua..
Jika Allah buka hijab kita semua...
pasti kan tertunduk malu...
mengingati kelemahan & dosa lalu..

kalian juga cacat...kurang sepertiku..
Jika sempurna pasti tiada yang sibuk mengejar dunia..
tiada yang bertaubat nasuha..

kalian juga berperasaan...sama sepertiku..
Jika kalian hebat..
pasti kalian akan mampu membuang rasa..
pasti kalian mampu menghentikan kenangan di minda..

Tapi,
Kita semua sama...
ada dosa..ada rasa..
ada kekuatan..ada kelemahan..
ada masanya..
kita lupa..
kita tak jauh berbeza..sekuat manapun kita..
Tiada yang mungkin lari dari kenangan dan perasaan..

Tak pernahkah kalian fikirkan?
Aqal & hati itu..
Tak mampu kita kawal sepenuhnya?
Ya..itulah dia..
kerana tuan punya Aqal & Hati kita..
Adalah Allah swt..
pemilik segala Aqal & Hati manusia...

Astaghfirullah..
Ya Allah..
Kurniakan padaku iman& taqwa..
kemudilah hatiku & aqalku ke jalan yg diredhaiMu..


Sunday, January 29, 2012

Hatiku..dan PEMILIK SEGALA HATI..

assalamualaikum..

HATI..
satu patah kata ini..
beribu perasaan..
kenyataan..pahit kadang kala..
manis juga ada masanya..

slalu diberitahu seorang rakan..
kebenaran itu pahit..
hingga sekarang masih tersenyum mengingat akan kebenaran katanya..

dalam sungguh nilai sepatah kata ini..
jadi adakah mungkin kita mampu menilai sebuah hati??
astaghfirullah...

tanpa sedar..
diri ini begitu cepat menilai sekarang..
terlalu mudah menyamakan orang..
terlalu kerap menuduh orang..

betul ada sebab jadi begini..
tapi haruskah terus jadi begini "prejudis"?

sejak bila jd begini...
bukan ke mek slalu ajar..
"kita tak tahu siapa lebih baik di sisi Allah..entah2 kita solat tonggang terbalik satu pun Allah tak terima..tapi orang tu..semua amalnya diterima Allah.."

sejak bila hati ni begitu sombong?
Allahu Rabbi...Astghfirullah al azeem...

Siapa aku nak menilai orang lain..
Bukankah sudah tau betapa peritnya rasanya?
Kenapa harus berbuat perkara yg sama?
Membalas pada yg tak bersalah..

Ya..dendam..
astaghfirullah..
sedikit sebanyak terpalit dendam dalam hati ini..
Ya Allah..
buangkan rasa itu dari hatiku...
buangkan segala rasa marah, kecewa, dendam & pengharapan pada manusia..
siapa mereka untuk aku menjadi begitu berharap..
sedang hanya ENGKAUlah tempat kubergantung...

Ya ALLAH..
ENGKAULAH PEMILIK HATI..
Janganlah ENGKAU bolak balikkan hatiku setelah ENGKAU kurniakan hidayahMU padaku..

dan

YA ALLAH..
PEMILIK SEGALA HATI..
temukanlah hati ini dengan hati yang ikhlas untukku..
temukanlah daku dengan insan yg baik untuk agamaku,duniaku& akhiratku..
Tetapkanlah yg terbaik buatku dunia dan akhirat..
dan damaikanlah hatiku dgn ketentuanMU..

Ameen..

~Damailah wahai hati..