Pages

Sunday, February 13, 2011

Cinta??Saya cinta Rasulullah saw sangat2...

Salam sayang..salam ukhuwwah semua..

Dalam meniti hari dan tugasan..
Kita sering kali lalai dan terleka..
Camtu jugakla dengan Lulu...
Tiba2 je esok dah birthday Rasulullah saw..
Korang pun lupa ke?
Hmmm...ok alhamdulillah ingat..
Korang da siapkan hadiah da untuk Rasulullah saw?

Hmm...
Lulu tgh fikir hadiah terbaik...
tapi makin fikir makin pening...
Pastu tiba2 teringat...
Bukankah Rasulullah saw sgt sayang pada kita semua..
Mesti dia nak kita semua beriman dan beramal soleh kan?

Jadi..Lulu nk sgt masuk syurga jumpa Rasulullah saw..
Jadi nk selawat byk2 sgt..semoga dapat syafaat Rasulullah saw...
Nak buat sunnah2 Rasulullah saw yg Lulu tau..
hmmm...nak tambah amalan soleh...
Dan nak bersifat dengan sifat2 wanita yg disukai Rasulullah saw...

“Sesungguhnya sebaik-baik wanitamu adalah yang beranak, besar cintanya, pemegang rahasia, berjiwa tegar terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan dan perintah suaminya dan bila berdua dengan suami dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya serta tidak berlaku seolah seperti lelaki terhadap suaminya,” begitu kata Rasulullah saw. lagi..

Cuma...tak tau bila boleh dapat anak... :)
Tak apalah...itu rezki Allah dan ketentuan Allah...
Lulu cuba la buat yg lain2..
Especially Lulu sekarang sedang menjalani "Kempen Peningkatan Iman"...
Kempen ni untuk diri sendiri..tapi jomla ramai2 buat untuk diri sendiri... ;)
Tengah cuba sangat2 kawal hati dari tak marah, sbb tu kan syaitan..
Dan..tengah cuba sangat2 jaga mulut..sbb tak tau kalau ada yg terluka & Lulu tak minta maaf..
Tak sanggup menunggu di padang mahsyar...
Nauzubillah..
Lulu tau..Rasulullah saw mesti happy kalau kita semua cuba jadi lebih baik walaupun sebesar zarrah...Jadi..korang da decide ke nak hadiahkan apa?

Pada semua yg lain...
Hmmm...korang nk bagi hadiah apa pd Rasulullah saw?
Dah fikir dah?

Jom kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah & doa buat Rasulullah saw & arwah2 keluarga kita juga..
Al-Fatihah..

Friday, February 11, 2011

especially for you ♥

Assalamualaikum..

Hmm…Lama dah tak menekan keyboard ni untuk menulis hati dan buah fikiran..

Sebenarnya, entri kali ni tak lain tak bukan cumalah untuk menjawab tentang persoalan yang menyelubungi salah seorang insan yang paling saya sayangi di dunia ini…

Salah seorang,cam ramai kan? Huhu..betul tu,suami,ayah,mek,adik2,anak2 buah…So korang teka la yang mana k?--à cam dapat hadiah je kalau betul korang teka kan?hihihi

Macam nilah..entri ni ditulis kerana mungkin diri ni tiada daya,kuasa @cara lain untuk menunjukkan kasih pada insan ini..

Jadi……………………………

Buat F******, membaca entri terbarumu membuat hati ini berasa sangat pilu..Terus mengumpul kekuatan dan menumpukan masa ini untuk mencoretkan sesuatu istimewa buatmu..kerana dikau telah memberi semangat,ilham,inspirasi dan sokongan yang bukan sahaja tidak berbelah bahagi tetapi tidak pernah kurang padaku..

Buat a***ku F******,Coretan ini teristimewa buatmu..

M**,

Sejak dilahirkan kau celikkan mata dan belajar melihat,bercakap, meniarap, merangkak..dan kemudian melangkah…dan setelah itu kau tak berpaling lagi… Terbaik,Cemerlang,Mengagumkan – semua ini sudah selalu dikaitkan dengan namamu…Memang, kamu antara yang terbaik dalam keluarga..Namun,kau tidak pernah sekalipun merasa bangga dengan dirimu…

PERCAYALAH KALIAN,TIDAK SEKALIPUN..

Riak ,bangga,sombong tiada dalam kamus hidupmu..Lihatlah betapa engkau terpilih untuk sentiasa dalam lindungan Allah..

Namun…

Sesuatu yang mungkin tiada yang tahu, seawal usia remajamu, ketika kanak-kanak lain gembira membesar,kita diuji dengan ujian yang sangat berat..Ketika itu,kau berumur 12tahun..Bak kata orang budak hingusan.. J tetapi…Ujian yang berat itu tidak sekalipun terpamer diwajahmu..Sedangkan aku yg jauh lebih tua sangat tertekan dengan dugaan itu..Bagaimanakah kau dapat menahan rasa dan gelodak jiwa didalam hatimu di ketika itu pun aku tidak tahu..

Walaupun kita sangat rapat ketika zaman kanak-kanak, namun sukar sekali membaca apa di dalam hatimu..Peristiwa itu merubahmu...Sekelip mata & serta merta,kau dewasa..bagai berumur 22 tahun..Demi nama Allah di ketika itu, doaku sentiasa di dalam hati agar Allah menguatkan kita semua..lebih lebih kamu,kerana selama 11 tahun kau cemerlang..Ku berharap agar tahun ke-12 ini tidak menjatuhkan mu..tahun UPSR..betul?

Ketika kanak kanak lain sibuk bermain, kadang kau termenung megelap air mata yang masih belum keluar..Melihatkan itu,air mataku yang jatuh… Mungkinkah,dugaan ini merubah mu? Kejayaanmu? Kebahgiaanmu?Kegembiraanmu? Kegembiraan kita?

Ya..kau berubah sama sekali..menjadi terlalu matang.. lebih-lebih lagi padaku..terlalu matang..Seboleh-bolehnya aku ingin mengembirakanmu di ketika itu.. dari rapat,kita menjadi lebih rapat..

Alhamdulillah,sedikit sebanyak aku berjaya melukis senyuman di wajahmu..tengok movie,jalan jalan..shopping,makan aiskrim (memang budak2 J )dan sebagainya..yg tidak bertentangan dengan Islam..

UPSR menjelang..untuk seorang pelajar yang melompat kelas..yang sepatutnya di darjah 5..semua orang akan bertanya tentang keputusan UPSR mu… itulah kamu M**… Kerisauan semua orang bertambah apabila kau acuh tak acuh hendak mengambil keputusan..Ternyata..5A..merupakan batch terakhir PTS, dan pelajar yang sepanjang tahun mendapat tempat pertama dalam sekolah(kecuali pada penggal ke-2 kau jatuh ke tangga ke-3 buat pertama kali akibat peristiwa itu..)..itulah yang semua orang nantikan..5A..kejayaanmu berterusan M**…. K**** gembira….Tahniah buatmu..

Sedang masa memakan usia…sejarah terhakis oleh cita-cita..

Ke MRSM kau pergi..PMR..pelajar terbaik seluruh tingkatan 3..PMR ----à semua A,8A..

Berpindah ke MRSM lain..yang lebih terkenal dengan kejayaan pelajarnya..

SPM---à Semua A1..1 shj A2 (jika tak salah @ semua A1)..sebelum keluarnya keputusan..bukan sahaja rakan-rakan sekelas yang tua setahun darinya, malah keluarga semua sudah lama bertanya-tanya khabar keputusanmu..Kejayaanmu terus berulang…

Dari jauh..aku SANGATTTTT BANGGA denganmu..tahukah kau,sejak 12tahun kau telah menjadi sumber inspirasiku..kerana sikap tabahmu?kerana kau di sekolah rendah dan aku di sekolah menengah tetapi cikgu metamatik ku, mempunyai anak sekelas denganmu sentiasa bertanyakan aku tentangmu?tentang bagaimana kau begitu pandai?? Mana mungkin aku yang tak berapa pandai ini menjawab…senyuman sahaja kulemparkan..Ini cerita lama…..

Tahun demi tahun…Matrikulasi 4.00 flat ..

Memang sejak 5 tahun kau sudah mahu menjadi doktor..mana mungkin ada pilihan lain..Perubatan kau pilih..

Aku sudah tua,kau meniti remaja… Aku sudah pertengahan 20an..Sudah melepasi zaman belajar..mula menempuhi dugaan bekerja…

Kau baru mengakhiri belasan tahun.. Mengorak langkah menuju ke menara gading.. melanjutkan pelajaran ke universiti..

Tapi kalian tahukah? Budak yang bezanya 10 tahun dariku ini, sujudnya pada Allah jauh lebih banyak dariku?

Budak 10 tahun lebih muda dariku ini menghafal ma’thurat sedangkan aku tidak?

Budak 10 tahun lebih muda dariku ini telah lebih banyak mengkhatamkan Al-Qura’n dariku?

Budak 10 tahun lebih muda dariku ini tutur katanya sentiasa baik-baik sahaja?

Budak 10 tahun lebih muda dariku ini ilmunya lebih dalam dariku?

Tapi sekalipun tidak pernah dia berlagak seperti tahu segalanya, bercakap tentang segala ilmu yang diketahuinya.. tidak sama sekali..ahh..memang dia ini,antara insan yang paling kusayang..jarang sekali melukai hati orang lain..disebalik kejayaan..ada akhlak yang tinggi…

Kemudian…

Tahukah kalian?Dia diterima masuk ke jurusan Perubatan di Universiti pilihan..Semua berbangga dengannya..Semua berharap dia akan terus berjaya..dan kekal sebegitu rupa...

Ya..3 semester berlalu dengan pantas..Alhamdulillah..kesemuanya lulus..

Kini…mungkin semangatnya rapuh…kerana mungkin 70% masanya dihabiskan untuk mendalami ilmu dan memenuhi kurikulum Universiti dan juga untuk bersujud kepada Allah dan memuji Allah..

Ya Allah,sehingga saat ini..aku cuba mengejarnya dari belakang…Cuba untuk istiqamah sepertinya..

Namun, kejayaannya megejar cinta Allah jauh lebih tinggi daripadaku..

Di saat kesibukan sebagai pelajar perubatan, dia tidak pernah sekalipun melewatkan solat dengan sengaja..dan sentiasa cuba membaca Surah Al-Kahfi di hari Jumaat ketika Solat Jumaat berlangsung…

Ya Allah..Ya Allah…di kala orang ramai membaca Yasin di malam Khamis@hari Jumaat…dia lebih tahu...dia akan membaca surah Al-Kahfi & menyarankan aku membaca Surah Al-kahfi juga..kerana sunnah membaca Al-Kahfi di Hari Jumaat..Masya Allah..(peristiwa setahun lepas)

Pasti ramai yang tidak tahu bukan?mungkin juga ada yang tahu…Mungkin aku saja yang tidak tahu..

Hmm… Di selang masa bertukar kelas ke kelas dia sentiasa cuba meng “sms” ibunya yang tercinta..dan juga keluarga… Di selitan masa lebihan..dia akan mencoretkan hadith yang baru diketahui di status nya..masa lebihnya digunakan untuk belajar dan mencari Ilahi…

Kini…insan yang kusayangi ini hampir layu..Hampir berputus asa..di tengah kejayaan dan usahanya ini..dia menyimpan pilunya selama ini... Jadi, ingin sekali kukumpul semangat untuk diberi padanya...ingin sekali kukumpul harapan untuk diberi padanya...ingin sekali kukumpul bahagia untuk berkongsi dengannya…ingin sekali kukumpul doa agar Allah memeliharanya dan daku serta ahli keluarga yang tersayang..

Kalian..bantulah daku mendoakan insan ini...Dia adalah antara insan yang sentiasa membantuku,menyokongku,mendoakanku…bantulah daku mendoakan agar kembali berusaha menjadi contoh padaku..dan kembali menyinar bagai dulu..bantulah daku yang terbaik buatnya dan kita semua di dunia dan akhirat…Sesiapa yang mengenalinya pasti tahu..tiada kalimah lain yang terlontar dari lidahnya di awal ayat dan di akhir ayat..Alhamdulillah..InsyaAllah…Astaghfirullah…Nau’zubillah..

Doaku buatmu..

“Ya Allah..insan ini kini sedang dalam kesedihan yang tiada kutahu..Sedang akhlaknya sentiasa menyejukkan hatiku..dan dia sentiasa mendahuluiku dalam mengejar cintaMU..Dia sentiasa menyokongku Ya Allah..aku yang serba kurang ini tidak pernah berasa rendah bersamanya,kerana dia sentiasa merendahkan dirinya..malah dia bangga denganku yang jauh lebih kurang darinya walaupun daku 10 tahun lebih tua..Maka Ya Allah..kau tanamkahlah cinta kami hanya PadaMU…kau peliharalah setiap langkah kami hanya menujuMU..kau tanamkanlah kejayaan bagi kami berkeranakanMU Ya Allah…Dan..KAU tenangkanlah hatinya Ya Allah…kerana di ketika ini langkahnya lemah..langkahnya lesu..berikanlah kekuatan Ya Allah padanya..kerana dia jarang sekali mensia-siakan nikmatMU..dia jarang sekali meraguiMU..temanilah dia Ya Allah..kerana di ketika ini,tiada daya melainkan dayaMU untuk menyuntik semangatnya..memguatkan langkahnya..menggembirakan hatinya..tiada daya lain melainkan DayaMU Ya Allah..tetapkanlah yang terbaik buat kami dunia akhirat..Ameen..”

Jadi, M**,tanamkanlah azimat dalam hati bahawa dalam setiap perkara, kita harus cuba yang terbaik..dan kita Cuma manusia..maka bertawakkallah..dan ingatlah..putus asa bukan sifat seorang muslim..lihatlah ke belakang..nampakkah 1pasang tapak kaki itu? Itulah Allah yang sedang mengendongmu M**..maka senyumlah kerana Allah sentiasa bersamamu…

Pada adik-adikku..dan keluargaku..doa ini juga kumohon buat kalian..

K♥♥♥♥