Pages

Sunday, May 8, 2011

Semalam..Hari Ini...Esok...

Semalam begitu perit bagiku..

Hari ini tidak kurang kurasakan..

Esok sesuatu yang tak aku tidak tahu..

Bagaimana untuk menempuhi..

Tiada jawapan lain..

Bersandarlah pada ALLAH..

Hari ini mungkin begini..

Siapa tahu esok lebih baik..

Tiada siapa tahu..

Tapi yg pasti esok tetap akan datang..

"Ya Allah, bersihkan hatiku, tenangkanlah jiwaku, jernihkanlah rohaniku..dengan rahmat,rahim & barakah Mu.."

Thursday, March 24, 2011

Budak Perempuan cuba bunuh diri lagi..apa nak jadi..

Assalamualaikum wbt..

Astaghfirullah al Azim..

Ya Allah mengucap panjang tgk video ni..
Tak tau nak cakap apa lagi..
Kenapa la budak perempuan zaman sekarang ni macam2 kes nya...

Tengokla ni...kenapa la dia nak bunuh diri..
Dahla melayu Islam..
Tak malu ke..
Sedih camne pun, Allah kan ada..
mesti jalan cerita hidup kita yg tak baik,sedih gila2,gagal ni Allah yg tentukan..
Sebab adalah yg terbaik skali untuk kita..
Fikir baik2..

Adusla...Yang budak2 prempuan zaman sekarang ni mmg kurang berakal la..
(bukan semua tau..cuma dah makin byk je..)
Nauzubillah..

Kalau btul dia nk bunuh diri kan? Kenapa kena pegi tempat ramai orang?
Kenapa x pegi tempat sunyi biar x de org boleh selamatkan?
Btul x?
Korang setuju x?
Macam nak orang tau dia nak bunuh diri kan...Tak taula pulak kan..
X baik bsangka buruk..tp cukuplah budaya2 bunuh diri ni..
Kita biarkan orang2 kufur je yang buat ok?
Jangan jadikan ini budaya kita ok?

Pada adik2 manis kat luar sana..
Kalau kecewa jangan putus asa..
Kerana Allah Maha Penyayang...Mesti ada hadiah hebat menanti..
Cuma kadang kita tak tau je bila kita dapat..
1 tahun akan datang ke..5 tahun ke..25 tahun ke..
yang penting sabar..dan jangan PUTUS ASA ok?

Putus asa bukan sifat seorang muslim..

Apapun kita tgk video ni jadikan iktibar ok?
Ramai kata selamat..moga2 dia selamat, supaya dapat hidup..
dan perbetulkan kesilapan..dan bertaubat..
Semoga Allah pelihara kita semua..dan berkati kita semua di tiap saat dan ketika..
Dalam setiap niat, langkah dan perbuatan..

moga kita semua sentiasa dalam taufiq& hidayah oleh Allah..

Ni video tu..nauzubillah...
berderau tengok..
ni video dari sisi..

Tuesday, March 22, 2011

Cara-cara nak layan cakap orang yg myakitkan hati @ orang "bodoh sombong"..


Assalamualaikum wbt..

Hmmm...kontroversi tak tajuk kali ni..
since a few things dah berlaku dlm hidup ni recently..
rasanya Lulu nk share la jugak apa yg kita boleh buat utk menjauhi/ mengelak/ melenyapkan/ melupakan/ membuat tak tahu kat orang2 "bodoh sombong" ni..

So..Lulu tak tau la korg setuju ke tak kan..
tapi pada Lulu orang2 bodoh sombong ni ciri2 dia mcmni:
- rasa dia mmg tebaek (mmg dia la tebaek skali lm dunia,buat salah pun baik jgk..senok otok..)
- rasa dia paling alim (walaupun imam lg berilmu,tp mcm2 la salah imam..)
- rasa dia paling berilmu (kalau org tu Prof,dia lg alim..kalau org alim, dia lg pandai math..) T.T
- rasa dia paling merendah diri (kamonla..org yg merendah diri tak kannya perasan dia merendah diri..aduyai..)
- rasa semua benda orang lain buat semuanya salah(selain dr drh daging dia)
- rasa apa je yg dia buat mmg sebaik2 benda (tmasuk suku sakat dia skali la kan..)
- rasa x puas hati kat semua org yg lebih dr dia ( yg ni tmasuk suku sakat pun dia dtg hasad tu)
- rasa dia paling bagus (walaupun dia tau dia cuma paling pndai dlm kumpulan plg corot..aduyai..)
- rasa sentap bila orang tegur... :D

ha ni la ciri2 utama org2 macamni..
apapun firstly, Lulu mintak jauh sgt2 dr jadi mcmni..
Nauzubillah..

And pada semua yg baca..ni cuma utk share ye..
Ciri2 org bodoh sombong tu kena ada smua tu..Lulu pun ada jgk satu dr ciri2 tu..
tp x semua la kan..sbb lulu x perfect pun..
huhuhuhu..ciri yg Lulu ada ialah -rasa sentap bila org tegur..(tp sbb malu..tp lama2 pk n blajar dr silap la..) :) Alhamdulillah x dela mcmtu sgt kan..

OK..so..since kebelakangan ni kan..
Lulu kena mcm2 dugaan dah dari Allah..
dan salah satu darinya adalah :
Ujian Menghadapi "Orang Bodoh Sombong"
(T.T)
Lulu dah gagal mula2..tapi kemudian bangkit semula dan bertahan...
Takkan nak kalah dgn org "Bodoh Sombong" kan? Malu laa... :p

OK cara2 nk bertahan/ nk layan org2 camni adalah:

so ini step pertama..
- Bila dia cakap dgn kita ttg kehebatan dia, kita dengar je, sambil cakap:"ooo...yeke?..oo..yeke?.."
Huhuhu..buat mcm biasa tp cakap mcmtu..sbb dia kan "bodoh sombong" so bila kita cakap "oo.." tanda kita dgr, secara x langsung dia igt kita setuju dgn dia...tapi tiba2 kita tambah plak "yeke..?" - dgn cara ni, dia tiba2 sedar..yeke apa yg dia cakap tu..

step kedua..
- Bila dia mula kutuk orang lain, mesti tak benti punya...so..kita kena wat pekak time ni..teruskan tgk muka dia sambil makan@ buat keje@ sambil2 tgk tv..tanpa jawab apa2..lama2 dia akan sedar yg kita x nak sama2 bagi pahala kita kat orang lain..kalau dia x berhenti, cuba tanya dia satu soalan ni: "Zohor masuk pukul brapa?"@ waktu2 yg dekat ketika tu..then kalau dia bleh smbung lg lepas tu, since "bodoh sombong" kan..so korang cakap kat dia...awk pulak mcmana?lebih bagus dr org yg dikutuk tu ke?kalau bagus,bagus takat mana dr org yg terkutuk tu...?kekekeke..then korang blah la..

step ketiga..
- Bila orang "bodoh sombong" ni ckp pasal agama mesti sbnrnya salah kat mana2,tp sbb dia igt dia pandai, so dia mesti betul je kan? so bila cakap pasal bab2 agama ni..akan ada hadith la, firman Allah la...sunnah la dr mulut diorg ni..so apa korang kena buat, tanya diorg smua yg diorg cakap tu diorang amal ke..?biasanya diorg ni slamba je cakap dia tak de la buat, tapi bini dia ke, anak dia ke, laki dia ke..rajin buat..then korang cakap la..."laaa....igt dia yg amalkn..jadi tak guna la ilmu tanpa amal kan?" then korang angkat kaki,jalan...

step keempat..
kadang2 datang mood diorg rasa diorg ni rendah diri, humble, tp nnt ckp gak org lain tu cmni la cmtu la kan...so korg dgr je..smpai tak tahan then cakapla..ameen...moga2 diorg ni jadi lebih baik tiap hari..termasuk diri kita..then..jangan tunggu..angkat kaki..jalan..

step kelima..
step2 yg kat atas tu biasanya sama je..
tapi yg paling kita biasa tak tahan bila yg kena kata tu darah daging kita..
so apa nak buat?biasanya orang2 yg "bodoh sombong" ni tak nampak kurang dia...sbb agak bodoh kan?so korang cari kelebihan korang...contoh kadang diorg ni ilmu takat diploma..tapi kutuk keluarga kita yg smua degree @ master belaka..so korang cakap camni:
"aah...keluarga sy mmg x brapa pandai, ada degree je..korang lagi pandai2 ada diploma smua.."
and diorg mesti cam bangga jap...tp kejap je sbb tak lama nnt dia sedar...tp time kejap tu korg bangun la blah...
huhuhu..
atau kadang org bandar kutuk orang kampung: so korg ckp cmni :"la mmgla ktrg x bgus..ktrg kampung je.."
atau kalau org kampung kutuk org bandar :korg cakap :"la..aah ktrg mmg truk..asal kampung lari ke bandar.."

so..dr tips2 kat atas ni korg sedar kan..
sebenarnya...d best way ialah jgn dekat dgn org2 camni..
sbbnya..nnt makan jiwa, hati x tenteram..tak elok..and akan sebabkan kita duk kata diorg balik..
padahal pahala penat2 kita kumpul utk akhirat...pastu sbb diorg yg "bodoh sombong" tu..kita bg plak pahala kat diorg..

so d best way..kalau tahan diam..kalau da tak tahan sgt n berani, bangun dan blah..
kalau da x tahan nk balas..jgn balas bukan2..try cara2 kat atas tu..

Sebenarnya, cakap camtu pun tak baik..
tapi kadang2 kita kena cuba cara nk sedarkan org2 camni..
tak tau mcmana lagi nk buat..then jauh kan diri...
jgn peduli apa diorg kata...diorg tak kan benti mgata..

itulah hikmah nya Allah jadikan kita ada Mata, utk melihat kesilapan org dan elak dari buat benda yg sama...

Allah bagi Mulut, utk kita cakap benda2 baik pd org2 yg disakiti hatinya..utk cakap kata2 manis pd org2 yg kita syg..pd org yg kita x suka..jgn guna mulut kita yg berharga u utk diorg..ok? then,

Allah bagi Telinga, utk kita dengar buruk kita..walaupun myakitkan..tapi kalau kita duk diam, amik pengajaran, ubah diri kita..org2 yg kata kita tu x leh da cari da buruk kita lagi..
Plus kita dapat bonus..pahal diorg yg mgata kita..kn?

so..ni la tips yg tapahape..
hope it helps..
skitla kalau x byk..sbb mmg niat nk bantu org2 yg tension hadap org2 camni..

Wallahu a'lam..


Sunday, February 13, 2011

Cinta??Saya cinta Rasulullah saw sangat2...

Salam sayang..salam ukhuwwah semua..

Dalam meniti hari dan tugasan..
Kita sering kali lalai dan terleka..
Camtu jugakla dengan Lulu...
Tiba2 je esok dah birthday Rasulullah saw..
Korang pun lupa ke?
Hmmm...ok alhamdulillah ingat..
Korang da siapkan hadiah da untuk Rasulullah saw?

Hmm...
Lulu tgh fikir hadiah terbaik...
tapi makin fikir makin pening...
Pastu tiba2 teringat...
Bukankah Rasulullah saw sgt sayang pada kita semua..
Mesti dia nak kita semua beriman dan beramal soleh kan?

Jadi..Lulu nk sgt masuk syurga jumpa Rasulullah saw..
Jadi nk selawat byk2 sgt..semoga dapat syafaat Rasulullah saw...
Nak buat sunnah2 Rasulullah saw yg Lulu tau..
hmmm...nak tambah amalan soleh...
Dan nak bersifat dengan sifat2 wanita yg disukai Rasulullah saw...

“Sesungguhnya sebaik-baik wanitamu adalah yang beranak, besar cintanya, pemegang rahasia, berjiwa tegar terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan dan perintah suaminya dan bila berdua dengan suami dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya serta tidak berlaku seolah seperti lelaki terhadap suaminya,” begitu kata Rasulullah saw. lagi..

Cuma...tak tau bila boleh dapat anak... :)
Tak apalah...itu rezki Allah dan ketentuan Allah...
Lulu cuba la buat yg lain2..
Especially Lulu sekarang sedang menjalani "Kempen Peningkatan Iman"...
Kempen ni untuk diri sendiri..tapi jomla ramai2 buat untuk diri sendiri... ;)
Tengah cuba sangat2 kawal hati dari tak marah, sbb tu kan syaitan..
Dan..tengah cuba sangat2 jaga mulut..sbb tak tau kalau ada yg terluka & Lulu tak minta maaf..
Tak sanggup menunggu di padang mahsyar...
Nauzubillah..
Lulu tau..Rasulullah saw mesti happy kalau kita semua cuba jadi lebih baik walaupun sebesar zarrah...Jadi..korang da decide ke nak hadiahkan apa?

Pada semua yg lain...
Hmmm...korang nk bagi hadiah apa pd Rasulullah saw?
Dah fikir dah?

Jom kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah & doa buat Rasulullah saw & arwah2 keluarga kita juga..
Al-Fatihah..

Friday, February 11, 2011

especially for you ♥

Assalamualaikum..

Hmm…Lama dah tak menekan keyboard ni untuk menulis hati dan buah fikiran..

Sebenarnya, entri kali ni tak lain tak bukan cumalah untuk menjawab tentang persoalan yang menyelubungi salah seorang insan yang paling saya sayangi di dunia ini…

Salah seorang,cam ramai kan? Huhu..betul tu,suami,ayah,mek,adik2,anak2 buah…So korang teka la yang mana k?--à cam dapat hadiah je kalau betul korang teka kan?hihihi

Macam nilah..entri ni ditulis kerana mungkin diri ni tiada daya,kuasa @cara lain untuk menunjukkan kasih pada insan ini..

Jadi……………………………

Buat F******, membaca entri terbarumu membuat hati ini berasa sangat pilu..Terus mengumpul kekuatan dan menumpukan masa ini untuk mencoretkan sesuatu istimewa buatmu..kerana dikau telah memberi semangat,ilham,inspirasi dan sokongan yang bukan sahaja tidak berbelah bahagi tetapi tidak pernah kurang padaku..

Buat a***ku F******,Coretan ini teristimewa buatmu..

M**,

Sejak dilahirkan kau celikkan mata dan belajar melihat,bercakap, meniarap, merangkak..dan kemudian melangkah…dan setelah itu kau tak berpaling lagi… Terbaik,Cemerlang,Mengagumkan – semua ini sudah selalu dikaitkan dengan namamu…Memang, kamu antara yang terbaik dalam keluarga..Namun,kau tidak pernah sekalipun merasa bangga dengan dirimu…

PERCAYALAH KALIAN,TIDAK SEKALIPUN..

Riak ,bangga,sombong tiada dalam kamus hidupmu..Lihatlah betapa engkau terpilih untuk sentiasa dalam lindungan Allah..

Namun…

Sesuatu yang mungkin tiada yang tahu, seawal usia remajamu, ketika kanak-kanak lain gembira membesar,kita diuji dengan ujian yang sangat berat..Ketika itu,kau berumur 12tahun..Bak kata orang budak hingusan.. J tetapi…Ujian yang berat itu tidak sekalipun terpamer diwajahmu..Sedangkan aku yg jauh lebih tua sangat tertekan dengan dugaan itu..Bagaimanakah kau dapat menahan rasa dan gelodak jiwa didalam hatimu di ketika itu pun aku tidak tahu..

Walaupun kita sangat rapat ketika zaman kanak-kanak, namun sukar sekali membaca apa di dalam hatimu..Peristiwa itu merubahmu...Sekelip mata & serta merta,kau dewasa..bagai berumur 22 tahun..Demi nama Allah di ketika itu, doaku sentiasa di dalam hati agar Allah menguatkan kita semua..lebih lebih kamu,kerana selama 11 tahun kau cemerlang..Ku berharap agar tahun ke-12 ini tidak menjatuhkan mu..tahun UPSR..betul?

Ketika kanak kanak lain sibuk bermain, kadang kau termenung megelap air mata yang masih belum keluar..Melihatkan itu,air mataku yang jatuh… Mungkinkah,dugaan ini merubah mu? Kejayaanmu? Kebahgiaanmu?Kegembiraanmu? Kegembiraan kita?

Ya..kau berubah sama sekali..menjadi terlalu matang.. lebih-lebih lagi padaku..terlalu matang..Seboleh-bolehnya aku ingin mengembirakanmu di ketika itu.. dari rapat,kita menjadi lebih rapat..

Alhamdulillah,sedikit sebanyak aku berjaya melukis senyuman di wajahmu..tengok movie,jalan jalan..shopping,makan aiskrim (memang budak2 J )dan sebagainya..yg tidak bertentangan dengan Islam..

UPSR menjelang..untuk seorang pelajar yang melompat kelas..yang sepatutnya di darjah 5..semua orang akan bertanya tentang keputusan UPSR mu… itulah kamu M**… Kerisauan semua orang bertambah apabila kau acuh tak acuh hendak mengambil keputusan..Ternyata..5A..merupakan batch terakhir PTS, dan pelajar yang sepanjang tahun mendapat tempat pertama dalam sekolah(kecuali pada penggal ke-2 kau jatuh ke tangga ke-3 buat pertama kali akibat peristiwa itu..)..itulah yang semua orang nantikan..5A..kejayaanmu berterusan M**…. K**** gembira….Tahniah buatmu..

Sedang masa memakan usia…sejarah terhakis oleh cita-cita..

Ke MRSM kau pergi..PMR..pelajar terbaik seluruh tingkatan 3..PMR ----à semua A,8A..

Berpindah ke MRSM lain..yang lebih terkenal dengan kejayaan pelajarnya..

SPM---à Semua A1..1 shj A2 (jika tak salah @ semua A1)..sebelum keluarnya keputusan..bukan sahaja rakan-rakan sekelas yang tua setahun darinya, malah keluarga semua sudah lama bertanya-tanya khabar keputusanmu..Kejayaanmu terus berulang…

Dari jauh..aku SANGATTTTT BANGGA denganmu..tahukah kau,sejak 12tahun kau telah menjadi sumber inspirasiku..kerana sikap tabahmu?kerana kau di sekolah rendah dan aku di sekolah menengah tetapi cikgu metamatik ku, mempunyai anak sekelas denganmu sentiasa bertanyakan aku tentangmu?tentang bagaimana kau begitu pandai?? Mana mungkin aku yang tak berapa pandai ini menjawab…senyuman sahaja kulemparkan..Ini cerita lama…..

Tahun demi tahun…Matrikulasi 4.00 flat ..

Memang sejak 5 tahun kau sudah mahu menjadi doktor..mana mungkin ada pilihan lain..Perubatan kau pilih..

Aku sudah tua,kau meniti remaja… Aku sudah pertengahan 20an..Sudah melepasi zaman belajar..mula menempuhi dugaan bekerja…

Kau baru mengakhiri belasan tahun.. Mengorak langkah menuju ke menara gading.. melanjutkan pelajaran ke universiti..

Tapi kalian tahukah? Budak yang bezanya 10 tahun dariku ini, sujudnya pada Allah jauh lebih banyak dariku?

Budak 10 tahun lebih muda dariku ini menghafal ma’thurat sedangkan aku tidak?

Budak 10 tahun lebih muda dariku ini telah lebih banyak mengkhatamkan Al-Qura’n dariku?

Budak 10 tahun lebih muda dariku ini tutur katanya sentiasa baik-baik sahaja?

Budak 10 tahun lebih muda dariku ini ilmunya lebih dalam dariku?

Tapi sekalipun tidak pernah dia berlagak seperti tahu segalanya, bercakap tentang segala ilmu yang diketahuinya.. tidak sama sekali..ahh..memang dia ini,antara insan yang paling kusayang..jarang sekali melukai hati orang lain..disebalik kejayaan..ada akhlak yang tinggi…

Kemudian…

Tahukah kalian?Dia diterima masuk ke jurusan Perubatan di Universiti pilihan..Semua berbangga dengannya..Semua berharap dia akan terus berjaya..dan kekal sebegitu rupa...

Ya..3 semester berlalu dengan pantas..Alhamdulillah..kesemuanya lulus..

Kini…mungkin semangatnya rapuh…kerana mungkin 70% masanya dihabiskan untuk mendalami ilmu dan memenuhi kurikulum Universiti dan juga untuk bersujud kepada Allah dan memuji Allah..

Ya Allah,sehingga saat ini..aku cuba mengejarnya dari belakang…Cuba untuk istiqamah sepertinya..

Namun, kejayaannya megejar cinta Allah jauh lebih tinggi daripadaku..

Di saat kesibukan sebagai pelajar perubatan, dia tidak pernah sekalipun melewatkan solat dengan sengaja..dan sentiasa cuba membaca Surah Al-Kahfi di hari Jumaat ketika Solat Jumaat berlangsung…

Ya Allah..Ya Allah…di kala orang ramai membaca Yasin di malam Khamis@hari Jumaat…dia lebih tahu...dia akan membaca surah Al-Kahfi & menyarankan aku membaca Surah Al-kahfi juga..kerana sunnah membaca Al-Kahfi di Hari Jumaat..Masya Allah..(peristiwa setahun lepas)

Pasti ramai yang tidak tahu bukan?mungkin juga ada yang tahu…Mungkin aku saja yang tidak tahu..

Hmm… Di selang masa bertukar kelas ke kelas dia sentiasa cuba meng “sms” ibunya yang tercinta..dan juga keluarga… Di selitan masa lebihan..dia akan mencoretkan hadith yang baru diketahui di status nya..masa lebihnya digunakan untuk belajar dan mencari Ilahi…

Kini…insan yang kusayangi ini hampir layu..Hampir berputus asa..di tengah kejayaan dan usahanya ini..dia menyimpan pilunya selama ini... Jadi, ingin sekali kukumpul semangat untuk diberi padanya...ingin sekali kukumpul harapan untuk diberi padanya...ingin sekali kukumpul bahagia untuk berkongsi dengannya…ingin sekali kukumpul doa agar Allah memeliharanya dan daku serta ahli keluarga yang tersayang..

Kalian..bantulah daku mendoakan insan ini...Dia adalah antara insan yang sentiasa membantuku,menyokongku,mendoakanku…bantulah daku mendoakan agar kembali berusaha menjadi contoh padaku..dan kembali menyinar bagai dulu..bantulah daku yang terbaik buatnya dan kita semua di dunia dan akhirat…Sesiapa yang mengenalinya pasti tahu..tiada kalimah lain yang terlontar dari lidahnya di awal ayat dan di akhir ayat..Alhamdulillah..InsyaAllah…Astaghfirullah…Nau’zubillah..

Doaku buatmu..

“Ya Allah..insan ini kini sedang dalam kesedihan yang tiada kutahu..Sedang akhlaknya sentiasa menyejukkan hatiku..dan dia sentiasa mendahuluiku dalam mengejar cintaMU..Dia sentiasa menyokongku Ya Allah..aku yang serba kurang ini tidak pernah berasa rendah bersamanya,kerana dia sentiasa merendahkan dirinya..malah dia bangga denganku yang jauh lebih kurang darinya walaupun daku 10 tahun lebih tua..Maka Ya Allah..kau tanamkahlah cinta kami hanya PadaMU…kau peliharalah setiap langkah kami hanya menujuMU..kau tanamkanlah kejayaan bagi kami berkeranakanMU Ya Allah…Dan..KAU tenangkanlah hatinya Ya Allah…kerana di ketika ini langkahnya lemah..langkahnya lesu..berikanlah kekuatan Ya Allah padanya..kerana dia jarang sekali mensia-siakan nikmatMU..dia jarang sekali meraguiMU..temanilah dia Ya Allah..kerana di ketika ini,tiada daya melainkan dayaMU untuk menyuntik semangatnya..memguatkan langkahnya..menggembirakan hatinya..tiada daya lain melainkan DayaMU Ya Allah..tetapkanlah yang terbaik buat kami dunia akhirat..Ameen..”

Jadi, M**,tanamkanlah azimat dalam hati bahawa dalam setiap perkara, kita harus cuba yang terbaik..dan kita Cuma manusia..maka bertawakkallah..dan ingatlah..putus asa bukan sifat seorang muslim..lihatlah ke belakang..nampakkah 1pasang tapak kaki itu? Itulah Allah yang sedang mengendongmu M**..maka senyumlah kerana Allah sentiasa bersamamu…

Pada adik-adikku..dan keluargaku..doa ini juga kumohon buat kalian..

K♥♥♥♥

Monday, November 29, 2010

kerja @ online business cum housewife??

Assalamualaikum...
Salam sayang semua..
Since x de sape tau identiti lulu sangat..
sebenarnya lulu ada kedai..
tp kedai online jela..
namanya : Kedai Lulu
.......................... ^.^

ni bukan sessi promosi tau..
sebenarnya da lama da hati ni berbelah bagi..
nk sangat buat bisnes...kecik ke..cikai ke...x kisah...
tula..dulu2..time keje bank...
dulu lulu keje bank..gaji byk jgk..
tp astaghfirullah..azabnya..sesiapa yg lalui je tau..
rasanya 3 international bank lulu da keje...

time keje, buat keje..
time lunch,sambung keje..lunch tolak petang sbb customer ramai time lunch..
so kena la back up staff2..
yg paling sedih nk tau x bila time solat??
x de...x de allocation pun utk solat...
huh..geram mula2...tpranjat..
solat zohor & asar kena amik "package"...
tau x?Astaghfirullah..lama lulu bdosa mbelakangkan solat...
sbb apa?sbb lulu takut keje x bagus kena buang...
Ya Allah ampuni dosa2ku yg lalu..
dan teruslah menemaniku dlm setiap langkahku..

Sedihkan?
lagi sedih bila, lama-lama...
lulu terbiasa...biasa dgn keadaan package tu...
kdg x payah back up staff pun x dulukan solat...
still amik "package" ke neraka tu..
sedihnya...malunya bila ingat balik..
balik pukul 12 malam tu biasala..
bukan perkara luar biasa..
sampai la satu hari...

ni la dia cerita..
how where when "Kedai Lulu" bermula..




Asalnya keinginan berhenti dah lama lulu rancang,
bila bertunang..lulu rancang nak bhenti keje..
nak keje dgn ayah..( huhu..keje jgk tp dgn ayah sendiri..)
jadi..lulu fikir..x pela..kalau kumpul pengalaman macamanapun experience dalam resume tu tetap banking line...
x pela..berhenti je..kerana tak nak terlibat dgn riba' lagi dah..
ayah support...mek (lulu panggil mak lulu mek.. ^_^) lagi la suka..
siap sujud syukur..
then mula la keje dengan ayah...
jadi all rounder..i do what has to be done when there's not enough people to complete the task..
tapi...ayah lulu kontraktor..
jadi..bila byk keje..byk sgt2..
bila x de keje..x tau nk buat apa..

So...sambil2 tu..lulu pun jual la contact lense kat blog..(tp slow sgt..sbb lense x famous lagi 2 tahun lepas..)
dan batik sutera dari kelantan jual pada kawan2 mek..(mak lulu cikgu..)
Sbb keje kerajaan kan kena pakai batik hari Khamis..
Dari keuntungan sikit tu..Lulu amik kain pasang pulak..
dan lulu bukak akaun Facebook lain..dan lulu namakan Kedai Lulu..
:)

Tapi.....................................
time ni keje lagi dgn ayah..
Rupanya, ayah lulu x suka lulu buat bisnes kat ofis, time keje..
kecewa jugak mula2..
sbb lulu bawak pengaruh tak baik pada staff ayah yg lain..
sbb diorg pun nk buat benda lain time keje...
sedih sgt..lulu bukan sengaja...Maaf Ayah..
pastu Lulu berhenti...
dan bermula la perjalanan berliku berniaga di Kedai Lulu...

Sekarang...alhamdulillah..
masa ada sikit...tp keje di rumah..jadi banyak masa habiskan di rumah..
dan Alhamdulillah..hak Allah sentiasa Lulu utamakan..cuma kdg2 tersekat dlm jam..
sampai rumah lewat...tapi Alhamdulillah..
sekarang jarang sekali Lulu sengaja lewatkan solat..
jarang sekali Lulu di luar rumah di waktu malam..
dan jarang sekali Lulu berbelanja untuk menghias diri nak pergi pejabat...
Masa banyak habis di rumah.. :) rasa mcm gembira yg x terkira..

Perjalanan untuk sampai stabil perniagaan ni..
sangat berliku2..
InsyaAllah, ada peluang Lulu kongsi pengalaman..
mana tau boleh membantu ibu2 @ suri rumah yg nk berniaga juga..
:)

Jadi, kalau sesiapa tanya Lulu, mana lagi baik :
Bekerja @ biz di rumah&jadi housewife?

Duduk Rumah jadi housewife jauh lebih baik..
Takkan ada kawan2 yg boleh pengaruh kita..
dan Allah akan sentiasa menemani kita..

^_*

P/S : kat sini Lulu nak ucapkan terima kasih banyak2 pada suami,ayah,mek,anas,jah,hamzah,zaid,fatimah,wahida & sa'ra..(adik2 & adik2 ipar lulu)
sebab korang byk sgt bantu,sokong lulu buat bisnes kecik2 smpai sekarang..
dan paling utama, pada Allah, sebab kurniakan rezeki,kesihatan,nyawa dan keluarga yg hebat untuk berjuang di bumi Allah..
I love u all so much..

terima kasih ayah,mek...♥ syg mek ayah..


Beloved family..skrg da bertambah sorang lagi.. :) hero kecil no 2..
alhamdulillah...



Friday, November 19, 2010

pilihanku...ketentuanMu..

Alhamdulillah...

Kini ada celahan masa utkku mencoret warna baru dalam hidupku..
Ammar namanya... :) yang ke 2..
yang pertama...Safiyullah namanya..
Sesiapa yang melihat pasti kan tenang jiwanya..
Mudah2an Allah memelihara mereka bdua agar sentiasa dalam rahmat,barakah dan peliharaanNya...

hmm...namun acapkali org btanya..
"Bila lagi?"
dan lidah terkunci...
mulut bagai bisu...

Hati kan terguris juga..
Kadang kala serasa mau lari dari dunia...
huhu...sedangku pasti dunia ini fana (sementara)..
Ya Allah..benar ini ketentuanMu..
Ya Allah..aku redha..
Namun, jika ini fitnah yg mampu kutanggung...
Maka persiapkan daku Ya Allah..
Jika ini dapat menguatkan imanku padaMu..
Maka teguhkan hatiku Ya Allah...
Sesungguhnya..dugaan ini kecilnya amat..
Namun, daku bukan insan mulia..
Ujian ini cuma cerca manusia..
Tetapi sudah berulang kali kutewas dalam kata manusia..
Bagaimana Ya Allah..aku mau kuat..mau tegar..
Aku ingin mjadi muslimah dan mujahidah MU..
Ini cuma kata kosong manusia..
Daku pasti janjiMu pasti berlaku..

Ssungguhnya..aku hanya ingin bersandar kepadaMu..
maka bantulah daku Ya Allah...

Takkan daku mati dek keji manusia..
kerana manusia yg mengeji itu bukanlah manusia terpuji...
Takkan daku hina dek kata manusia..
kerana disisiMu hanya ENGKAU yang tahu..
Takkan daku musnah dek perbuatan manusia..
kerana ENGKAUlah yg Maha Berkuasa..

Esok belum tentu datang...
Semalam pasti tak kembali...
Ya Allah..
berikan daku sebuah hidup yang dapat membawaku ke syurgaMU..
Dengan cahaya mata ataupun tidak..
Aku tahu..jika diberi pilihan..
pasti ku pilih mahu..
tetapi Engkau Maha Mengetahui..
pasti ini yg tbaik buatku..
InsyaAllah...

Temaniku dlm setiap nafasku...
Pelihara daku dlm setiap perbuatanku..
dan jangan ENGKAU tinggalkan daku walau sesaat atau tempoh yang lebih singkat dari itu Ya Allah...

Pilihanku untuk terus berusaha mendapatkan zuriat untuk memperjuangkan agamaMU Ya Allah...namun semuanya terletak di tanganMu...
dan kuterima walau apa jua ketentuanMU...

Pilihanku belum tentu baik untukku...
Dan ku pasti..
KetentuanMu adalah yang terbaik buatku...