Pages

Saturday, June 4, 2011

" WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.

    Assalamualaikum wbt.
    Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti Menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
    Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.
    Banyak fadhilatnya.

    Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiritegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidakboleh mendiamkandiri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,Allah akan kelukanlidahnya ketika nazak.

    Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajalhampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yangmana sesiapa yangdapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akandicabut Allah dgnizinNyamenjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kitasama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidahini tidak kelusemasanyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlahkematian kamidengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidahkami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul mautmenghampiri kami.Amin.. amin..amin Yarobbal a'lamin..

    " WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
    Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
    1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
    2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
    3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
    Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
    1) Jujur dalam berkata-kata.
    2) Menjauhi segala yg haram.
    3) Merendahkan diri.
    Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
    1) Merahsiakan ibadahnya.
    2) Merahsiakan sedekahnya.
    3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

    Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
    1) Takut berlaku dusta dan keji.
    2) Menjauhi kejahatan.
    3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
    keharaman.

    Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
    1) Mengawasi dirinya.
    2) Menghisab dirinya.
    3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

    Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar biladibawa ke kotak dermamasjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa kesupermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapapendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasukisyurga tetapi tidakramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimanauntuk memasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'suratberantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan denganibadah seringkaliberfikir 2 atau 3 kali.

    OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRIKITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARIKELUCUAN TERSEBUT.
    INSYA'ALLAH.
    Sebagai mengingatkan diri saya dan juga teman teman seagama

Sunday, May 29, 2011

♥ terima kasih atas derita ini Ya Allah ♥

alhamdulillah...

semakin hampir angka tiga semakin banyak kegagalan hidupku..
aku tetap bersyukur..
inilah cara Allah ingin menghapus dosaku..
membersih hatiku..
menjernihkan jiwaku..

Kerana sudah hampir 30 tahun hidup ni..
makin tua..makin alpa..dan makin lupa..
makin lama hidup semakin banyak dosa..
apalagi dosa dalam gagal menjadi mukminah solehah akhir zaman...
astaghfirullah

setitik usaha ku belum tentu bernilai di sisi Allah..
namun sekecil2 dosaku pasti diazab nanti..
Sesungguhnya kubermohon padaMu ya Allah..
Ampunilah dosaku, kegagalanku, dan terimalah taubat hambaMu yg hina ini..

Terngiang2 senikata Hijjaz~lukisan Alam ini di telinga..
sesuai sekali dgn jiwa ini..
mungkin disebalik semua derita ini..
aku bukan insan yg mensyukuri nikmatMu..
Ya Allah kurniakan daku taufiq & hidayahMu tiap saat..
Dan janganlah Engkau palingkan hatiku dariMu..
dan janganlah pula Engkau meninggalkan ku walau sesaat atau tempoh yg lebih singkat dari itu..
Hidupkanku dalam iman & islam..
Matikan daku dalam iman & islam..
Masukkan lah daku yg hina ini ke syurgaMu Ya Allah dengan iman..


Lukisan Alam ~Hijjaz

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Monday, May 23, 2011

hidup~drama sebuah perjalanan


Dlm jauh sbuah pjlnan,ALLAH amanahkn sbuah pjuangn..
Terimalah dgn kkuatn..
Tkdg sakit yg mdtg..
Tkdg tmn tak shaluan..
Tkadang cmerlang tak ksmpaian..
Namun..Kita prlu mneruskn pjuangn krn ALLAH..

Thursday, May 19, 2011

Mei 2011 MINYAK RON 95 naik 30 sen JE??


Salam sayang semua...
Rasa sungguh layu dengar cerita ni..
dah la Melayu, lebih layu lagi lepas dengar cerita ni..

MINYAK RON 95 naik 30sen?

hmm...tak pelah...redha je..
dah pemimpin x brapa nak Adil & Amanah..nak buat camne..


Friday, May 13, 2011

Suspek Simbah Asid~Wajahnya~


Salam Sayang semua..

Ni update terkini untuk kes simbah2 asid yg dah menular kebelakangan ni..
Dan rasanya mcm attack perempuan je..
Mungkin psychopath yg ada masalah dalam diri..
Sebab mangsa tak de kena mengena dgn suspek..
Tapi tak tahulah..
Wallahu A'lam..

Apapun,
ni wajah untuk korang ambil perhatian and jauhkan diri..

No pendaftaran motor nya dikatakan palsu
Jadi berhati-hati lah..

Bagi wanita di Kuala Lumpur ni, mmg mustahil tak bekerja,
atau tak keluar shopping etc.
Jadi Lulu harap kalian dapat sentiasa berjaga-jaga dan mtk perlindungan Allah.

Apa yg korg kena buat :
1. Berdoa sebelum keluar rumah, mtk perlindungan Allah
2. Jauhkan diri dari tepi jalan raya jika berjalan kaki
3. Jangan LEKA, ketika melintas jalan, perhatikan motosikal, kalau ada yg
mencurigakan jauhkan diri & jgn melintas dulu.
4. Jangan berjalan di tempat sunyi, dan berseorangan. Keluar dan berjalan
di tempat umum dan ramai orang, jangan berjalan bersendirian kecuali terpaksa.
5. Awasi berita terkini mengenai kawasan yg menjadi sasaran
6. Maklumkan pada seseorang ttg ke mana arah dan destinasi anda
7. Bertawakkallah kepada Allah.

InsyaAllah Allah ada bersama kita semua.

Tuesday, May 10, 2011

kesempurnaan..


Dalam satu situasi:

Isteri : "abg ok x ni? Abg kenapa senyap je?"

Suami : "Penatlah!"

Isteri : "Ok...kita nk makan apa malam ni?"

Suami : "Ikutlah!"

Isteri : "Abg cakaplah senang syg nak masak.."

Suami : "Sukatilah! Masak je apa2.."

Isteri : diam...(dalam hati terdetik...tak pernah abg tanya lauk apa yg ada..lauk x ada sbnrnya..)

Selang hari berganti hari...minggu berganti bulan..
Si suami makin ditunjuk rasa bencinya...
Si isteri makin senyap, diam membisu...

Setelah beberapa lama...

Isteri : "Abg,kenapa abg macamni.."

Suami : "Ntah.."

Isteri : "Apa slh syg?"

Suami : "X taula...da x de rasa.."

:)

Bagi yg membaca jgn tlalu cepat menilai..
Bagi yg tahu sedikit, belum tentu anda tahu semuanya..
Bagi yg btul2 tahu, kerana anda pernah berada disini..
Semoga anda mensyukuri nikmat yg Allah berikan..

Isteri yg byk cacat cela, tiada gantinya..
Isteri yg sempurna, pasti ada juga kerenahnya...

Suami biasa, kurang segala..
Suami sempurna, dikejar wanita..

Bukankah ini cuma hasutan syaitan?
Fitnah dunia?

Semoga segala kekurangan kita cuba perbaiki,
Segala kelemahan kita perkuatkan,
Segala kebencian kita lenyapkan..
Dan sandarkan cinta kita kepada ALLAH..
Buanglah manusia yg sama shj seperti kita..
Dhaif..
kerana kita dhaif, jadi kita berasa sedih...kita berasa hina..kita byk celanya..

Semoga tiada yg cuba mcari ksempurnaan pd manusia lain..
Kerana hanya Allah yg Maha Sempurna..


Maksudnya:
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Ali Imran : 200)

Sunday, May 8, 2011

Semalam..Hari Ini...Esok...

Semalam begitu perit bagiku..

Hari ini tidak kurang kurasakan..

Esok sesuatu yang tak aku tidak tahu..

Bagaimana untuk menempuhi..

Tiada jawapan lain..

Bersandarlah pada ALLAH..

Hari ini mungkin begini..

Siapa tahu esok lebih baik..

Tiada siapa tahu..

Tapi yg pasti esok tetap akan datang..

"Ya Allah, bersihkan hatiku, tenangkanlah jiwaku, jernihkanlah rohaniku..dengan rahmat,rahim & barakah Mu.."