Pages

Tuesday, July 5, 2011

~Cikgu disamun depan rumah di taman melewar~


Astaghfirullah al Azeem..
Ini jelah lulu boleh cakap..
Memang tanda akhir zaman..jenayah berleluasa dan bermaharajalela..
Sedih,terkejut,tak sangka,kecewa x tau nak kata..

Orang melayu kita jugak tu..
Orang tempatan jahil..
Melayukah mereka?Jika betul melayu,Islam kah mereka?
Jika Islam,Adakah itu ajaran Rasulullah saw n tuntutan ALLAH swt?

Astaghfirullah al azeem..
fikirlah, sambil baca petikan akhbar di bawah..


KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam.

Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam.

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit. - Kosmo



Tak terkata dah rasa, dunia makin tua..
makin manusia jahil...
Nauzubillah..
mintak jauh dr keturunan kita tergolong dlm golongan sebegini,
mintak jauh dari kejadian ini menimpa kita..
Nauzubillahi min zaalik

Kepada mangsa :
Bersabarlah..semoga Allah membalas kesabaran kalian dgn memberi ganti berlipat ganda..
InsyaAllah..

0 comments:

Post a Comment