Pages

Wednesday, August 17, 2011

Opick - Rapuh mp3 & lirik

Opick - Rapuh


Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


One of my favorite song..

♥Kala Terbit Cinta♥

Assalamualaikum..

Disini, Lulu nk share satu drama yg menjadi kesukaan Lulu..
Sebab dalam drama ni..
banyak pengajaran Lulu dapat..
Aurat juga terjaga rapi..
dan lakonan memang mantap..
cuma,
waktu ditayangkan tengah malam..

Drama ni ala ala..Nur Kasih..
tapi lagi best..
x de sentuh2 pun..dan mmg lagi best..
begitu banyak ajar lulu tentang CINTA YANG ber KERANA kan ALLAH..

jadi pada yang berminat nak tengok,
boleh tgk kat TV Al Hijrah ni..
secara online..

Drama ni namanya:
♥Kala Terbit Cinta♥

Kala Terbit Cinta mengisahkan tentang kehidupan mewah dan sosial seorang anak gadis bernama Juliana. Juliana lakonan aktres, Fauziah Ghouse merupakan anak tunggal kepada pasangan usahawan berjaya, Tuan Jailani dan Puan Maheran.

Sebagai seorang gadis yang hidup di dalam golongan kelas atasan, Juliana terpengaruh dengan cara hidup masyarakat barat yang mengamalkan kebebasan di dalam pergaulan.

Namun, kehidupan Juliana mula berubah setelah Dato Jailani mengamanahkan Munir, pemandu peribadinya menjaga Juliana sepanjang dia dan isteri ke Tanah Suci Mekah.

Pelakon
1. Adi Putra
2. Fauziah Ghouse
3. Azam Pitt
4. Riezman Khuzaimi
5. Rozie Rashid

Tapi, saksikan pengkahirannya...tidak seperti yg anda jangkakan..


Monday, August 15, 2011

Never give up


Question: "between LOVE & FRIENDSHIP, which one will u choose?"

Answer : "BOTH,since my dictionary doesn't have the word give up"

Seorang muslim tidak harus berputus asa..

Putus asa itu bukan sifat seorang mukmin..

p/s : ♥ jun pyo so much..

Saturday, August 13, 2011

Qari paling lulu suka bacaan Al Qurannya..

Assalamualaikum wbt..

mungkin ramai tak tau mana nak cari mp3 al Quran yang best2..

jadi lulu nak kongsi lah antara bacaan Al Quran yg lulu sangat suka...

Iaitu Imam Sheikh Abdur Rahman As Sudais..

Ni link utk dapatkan mp3 baccan Quran tu..

http://www.quranaudio.info/2011/02/sheikh-abdul-rahman-al-sudais.html

memang sedap, lunak, lemak n menyentuh hati bacaannya...

Dengarlah selalu ya...kita hidupkanlah hati2 kita dgn Al Quran pula..

Dah bertahun2 dlm hidup lulu asyik dengar lagu..

Dah sampai masa penuhi dengan kata-kata/Firman Allah...

Hidayah itu perlu dicari..dan mesti terus DIBURU..

Marilah..kita nyalakan hati kita dgn Al Quran..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

SESUNGGUHNYA KATA-KATA ALLAH ITU BENAR BELAKA.

Friday, August 12, 2011

♥BAHAGIANYA MENJADI ISTERI RASULULLAH SAW♥

Alangkah bahagianya menjadi isteri2 Rasulullah saw. ♥♥♥

sungguh romantis.
antara keromantikannya :-

1-menghantar isteri ktika nak keluar

2-membonceng dgn mesra

3-berlumba lari dgn isteri

4-jln2 romantis d mlm hari

5-membelai isteri dgn spnuh hati

6-mmupuk cinta dgn hadiah

7-mkn sepinggan ber2

8-hilangkan amarah dgn mmegang hidung isteri

9-temani isteri smsa dia berduka

10-mmanggil isteri dgn panggilan syg

subhanallah ♥

untuk suami2 di luar sana...
contohilah rasulullah..insya allah masjidullah penuh sakinah & mawaddah ♥

buat isteri2 di luar sana..
contohilah para2 isteri Rasulullah agar melayakkan kita mdapat seumpama dengannya..♥

InsyaAllah..♥

Wednesday, July 6, 2011

GEMPAR!!Lelaki bersenjatakan parang tawan pusat jagaan kanak2 di sg abong


7Julai2011 MUAR-Seorang lelaki bersenjatakan parang menjadikan kira-kira 30 orang kanak-kanak dan tiga guru sebagai tebusan dalam kejadian di pusat penjagaan kanak-kanak Serikids di Taman Sungai Abong, Jalan sakeh di Muar hari ini, lapor Utusan Online.

Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh pusat jagaan tersebut pada pukul 9.30 pagi dan difahamkan seorang kanak-kanak telah dicederakan.

Buat ketika ini, pihak polis telah mengepung premis berkenaan dan rundingan sedang dilakukan untuk tebusan dibebaskan.


gmbr credits to: sueamy zakariah

Mari kita sama2 mendoakan keselamatan semua yg terlibat.
Semoga perkara ini dapat diselesaikan tanpa berlakunya pertumpahan darah..

"Ya Allah,tetapkanlah yg tbaik buat kami di dunia dan akhirat, dan damaikanlah hati kami dengan ketentuanMU.."

Latest info : Polis ingin menembak lelaki berparang itu dari jauh..Allahu Akbar mintak jauh dari segala malapetaka..


Tuesday, July 5, 2011

~Cikgu disamun depan rumah di taman melewar~


Astaghfirullah al Azeem..
Ini jelah lulu boleh cakap..
Memang tanda akhir zaman..jenayah berleluasa dan bermaharajalela..
Sedih,terkejut,tak sangka,kecewa x tau nak kata..

Orang melayu kita jugak tu..
Orang tempatan jahil..
Melayukah mereka?Jika betul melayu,Islam kah mereka?
Jika Islam,Adakah itu ajaran Rasulullah saw n tuntutan ALLAH swt?

Astaghfirullah al azeem..
fikirlah, sambil baca petikan akhbar di bawah..


KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam.

Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam.

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit. - Kosmo



Tak terkata dah rasa, dunia makin tua..
makin manusia jahil...
Nauzubillah..
mintak jauh dr keturunan kita tergolong dlm golongan sebegini,
mintak jauh dari kejadian ini menimpa kita..
Nauzubillahi min zaalik

Kepada mangsa :
Bersabarlah..semoga Allah membalas kesabaran kalian dgn memberi ganti berlipat ganda..
InsyaAllah..