Pages

Sunday, February 13, 2011

Cinta??Saya cinta Rasulullah saw sangat2...

Salam sayang..salam ukhuwwah semua..

Dalam meniti hari dan tugasan..
Kita sering kali lalai dan terleka..
Camtu jugakla dengan Lulu...
Tiba2 je esok dah birthday Rasulullah saw..
Korang pun lupa ke?
Hmmm...ok alhamdulillah ingat..
Korang da siapkan hadiah da untuk Rasulullah saw?

Hmm...
Lulu tgh fikir hadiah terbaik...
tapi makin fikir makin pening...
Pastu tiba2 teringat...
Bukankah Rasulullah saw sgt sayang pada kita semua..
Mesti dia nak kita semua beriman dan beramal soleh kan?

Jadi..Lulu nk sgt masuk syurga jumpa Rasulullah saw..
Jadi nk selawat byk2 sgt..semoga dapat syafaat Rasulullah saw...
Nak buat sunnah2 Rasulullah saw yg Lulu tau..
hmmm...nak tambah amalan soleh...
Dan nak bersifat dengan sifat2 wanita yg disukai Rasulullah saw...

“Sesungguhnya sebaik-baik wanitamu adalah yang beranak, besar cintanya, pemegang rahasia, berjiwa tegar terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan dan perintah suaminya dan bila berdua dengan suami dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya serta tidak berlaku seolah seperti lelaki terhadap suaminya,” begitu kata Rasulullah saw. lagi..

Cuma...tak tau bila boleh dapat anak... :)
Tak apalah...itu rezki Allah dan ketentuan Allah...
Lulu cuba la buat yg lain2..
Especially Lulu sekarang sedang menjalani "Kempen Peningkatan Iman"...
Kempen ni untuk diri sendiri..tapi jomla ramai2 buat untuk diri sendiri... ;)
Tengah cuba sangat2 kawal hati dari tak marah, sbb tu kan syaitan..
Dan..tengah cuba sangat2 jaga mulut..sbb tak tau kalau ada yg terluka & Lulu tak minta maaf..
Tak sanggup menunggu di padang mahsyar...
Nauzubillah..
Lulu tau..Rasulullah saw mesti happy kalau kita semua cuba jadi lebih baik walaupun sebesar zarrah...Jadi..korang da decide ke nak hadiahkan apa?

Pada semua yg lain...
Hmmm...korang nk bagi hadiah apa pd Rasulullah saw?
Dah fikir dah?

Jom kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah & doa buat Rasulullah saw & arwah2 keluarga kita juga..
Al-Fatihah..

Friday, February 11, 2011

especially for you ♥

Assalamualaikum..

Hmm…Lama dah tak menekan keyboard ni untuk menulis hati dan buah fikiran..

Sebenarnya, entri kali ni tak lain tak bukan cumalah untuk menjawab tentang persoalan yang menyelubungi salah seorang insan yang paling saya sayangi di dunia ini…

Salah seorang,cam ramai kan? Huhu..betul tu,suami,ayah,mek,adik2,anak2 buah…So korang teka la yang mana k?--à cam dapat hadiah je kalau betul korang teka kan?hihihi

Macam nilah..entri ni ditulis kerana mungkin diri ni tiada daya,kuasa @cara lain untuk menunjukkan kasih pada insan ini..

Jadi……………………………

Buat F******, membaca entri terbarumu membuat hati ini berasa sangat pilu..Terus mengumpul kekuatan dan menumpukan masa ini untuk mencoretkan sesuatu istimewa buatmu..kerana dikau telah memberi semangat,ilham,inspirasi dan sokongan yang bukan sahaja tidak berbelah bahagi tetapi tidak pernah kurang padaku..

Buat a***ku F******,Coretan ini teristimewa buatmu..

M**,

Sejak dilahirkan kau celikkan mata dan belajar melihat,bercakap, meniarap, merangkak..dan kemudian melangkah…dan setelah itu kau tak berpaling lagi… Terbaik,Cemerlang,Mengagumkan – semua ini sudah selalu dikaitkan dengan namamu…Memang, kamu antara yang terbaik dalam keluarga..Namun,kau tidak pernah sekalipun merasa bangga dengan dirimu…

PERCAYALAH KALIAN,TIDAK SEKALIPUN..

Riak ,bangga,sombong tiada dalam kamus hidupmu..Lihatlah betapa engkau terpilih untuk sentiasa dalam lindungan Allah..

Namun…

Sesuatu yang mungkin tiada yang tahu, seawal usia remajamu, ketika kanak-kanak lain gembira membesar,kita diuji dengan ujian yang sangat berat..Ketika itu,kau berumur 12tahun..Bak kata orang budak hingusan.. J tetapi…Ujian yang berat itu tidak sekalipun terpamer diwajahmu..Sedangkan aku yg jauh lebih tua sangat tertekan dengan dugaan itu..Bagaimanakah kau dapat menahan rasa dan gelodak jiwa didalam hatimu di ketika itu pun aku tidak tahu..

Walaupun kita sangat rapat ketika zaman kanak-kanak, namun sukar sekali membaca apa di dalam hatimu..Peristiwa itu merubahmu...Sekelip mata & serta merta,kau dewasa..bagai berumur 22 tahun..Demi nama Allah di ketika itu, doaku sentiasa di dalam hati agar Allah menguatkan kita semua..lebih lebih kamu,kerana selama 11 tahun kau cemerlang..Ku berharap agar tahun ke-12 ini tidak menjatuhkan mu..tahun UPSR..betul?

Ketika kanak kanak lain sibuk bermain, kadang kau termenung megelap air mata yang masih belum keluar..Melihatkan itu,air mataku yang jatuh… Mungkinkah,dugaan ini merubah mu? Kejayaanmu? Kebahgiaanmu?Kegembiraanmu? Kegembiraan kita?

Ya..kau berubah sama sekali..menjadi terlalu matang.. lebih-lebih lagi padaku..terlalu matang..Seboleh-bolehnya aku ingin mengembirakanmu di ketika itu.. dari rapat,kita menjadi lebih rapat..

Alhamdulillah,sedikit sebanyak aku berjaya melukis senyuman di wajahmu..tengok movie,jalan jalan..shopping,makan aiskrim (memang budak2 J )dan sebagainya..yg tidak bertentangan dengan Islam..

UPSR menjelang..untuk seorang pelajar yang melompat kelas..yang sepatutnya di darjah 5..semua orang akan bertanya tentang keputusan UPSR mu… itulah kamu M**… Kerisauan semua orang bertambah apabila kau acuh tak acuh hendak mengambil keputusan..Ternyata..5A..merupakan batch terakhir PTS, dan pelajar yang sepanjang tahun mendapat tempat pertama dalam sekolah(kecuali pada penggal ke-2 kau jatuh ke tangga ke-3 buat pertama kali akibat peristiwa itu..)..itulah yang semua orang nantikan..5A..kejayaanmu berterusan M**…. K**** gembira….Tahniah buatmu..

Sedang masa memakan usia…sejarah terhakis oleh cita-cita..

Ke MRSM kau pergi..PMR..pelajar terbaik seluruh tingkatan 3..PMR ----à semua A,8A..

Berpindah ke MRSM lain..yang lebih terkenal dengan kejayaan pelajarnya..

SPM---à Semua A1..1 shj A2 (jika tak salah @ semua A1)..sebelum keluarnya keputusan..bukan sahaja rakan-rakan sekelas yang tua setahun darinya, malah keluarga semua sudah lama bertanya-tanya khabar keputusanmu..Kejayaanmu terus berulang…

Dari jauh..aku SANGATTTTT BANGGA denganmu..tahukah kau,sejak 12tahun kau telah menjadi sumber inspirasiku..kerana sikap tabahmu?kerana kau di sekolah rendah dan aku di sekolah menengah tetapi cikgu metamatik ku, mempunyai anak sekelas denganmu sentiasa bertanyakan aku tentangmu?tentang bagaimana kau begitu pandai?? Mana mungkin aku yang tak berapa pandai ini menjawab…senyuman sahaja kulemparkan..Ini cerita lama…..

Tahun demi tahun…Matrikulasi 4.00 flat ..

Memang sejak 5 tahun kau sudah mahu menjadi doktor..mana mungkin ada pilihan lain..Perubatan kau pilih..

Aku sudah tua,kau meniti remaja… Aku sudah pertengahan 20an..Sudah melepasi zaman belajar..mula menempuhi dugaan bekerja…

Kau baru mengakhiri belasan tahun.. Mengorak langkah menuju ke menara gading.. melanjutkan pelajaran ke universiti..

Tapi kalian tahukah? Budak yang bezanya 10 tahun dariku ini, sujudnya pada Allah jauh lebih banyak dariku?

Budak 10 tahun lebih muda dariku ini menghafal ma’thurat sedangkan aku tidak?

Budak 10 tahun lebih muda dariku ini telah lebih banyak mengkhatamkan Al-Qura’n dariku?

Budak 10 tahun lebih muda dariku ini tutur katanya sentiasa baik-baik sahaja?

Budak 10 tahun lebih muda dariku ini ilmunya lebih dalam dariku?

Tapi sekalipun tidak pernah dia berlagak seperti tahu segalanya, bercakap tentang segala ilmu yang diketahuinya.. tidak sama sekali..ahh..memang dia ini,antara insan yang paling kusayang..jarang sekali melukai hati orang lain..disebalik kejayaan..ada akhlak yang tinggi…

Kemudian…

Tahukah kalian?Dia diterima masuk ke jurusan Perubatan di Universiti pilihan..Semua berbangga dengannya..Semua berharap dia akan terus berjaya..dan kekal sebegitu rupa...

Ya..3 semester berlalu dengan pantas..Alhamdulillah..kesemuanya lulus..

Kini…mungkin semangatnya rapuh…kerana mungkin 70% masanya dihabiskan untuk mendalami ilmu dan memenuhi kurikulum Universiti dan juga untuk bersujud kepada Allah dan memuji Allah..

Ya Allah,sehingga saat ini..aku cuba mengejarnya dari belakang…Cuba untuk istiqamah sepertinya..

Namun, kejayaannya megejar cinta Allah jauh lebih tinggi daripadaku..

Di saat kesibukan sebagai pelajar perubatan, dia tidak pernah sekalipun melewatkan solat dengan sengaja..dan sentiasa cuba membaca Surah Al-Kahfi di hari Jumaat ketika Solat Jumaat berlangsung…

Ya Allah..Ya Allah…di kala orang ramai membaca Yasin di malam Khamis@hari Jumaat…dia lebih tahu...dia akan membaca surah Al-Kahfi & menyarankan aku membaca Surah Al-kahfi juga..kerana sunnah membaca Al-Kahfi di Hari Jumaat..Masya Allah..(peristiwa setahun lepas)

Pasti ramai yang tidak tahu bukan?mungkin juga ada yang tahu…Mungkin aku saja yang tidak tahu..

Hmm… Di selang masa bertukar kelas ke kelas dia sentiasa cuba meng “sms” ibunya yang tercinta..dan juga keluarga… Di selitan masa lebihan..dia akan mencoretkan hadith yang baru diketahui di status nya..masa lebihnya digunakan untuk belajar dan mencari Ilahi…

Kini…insan yang kusayangi ini hampir layu..Hampir berputus asa..di tengah kejayaan dan usahanya ini..dia menyimpan pilunya selama ini... Jadi, ingin sekali kukumpul semangat untuk diberi padanya...ingin sekali kukumpul harapan untuk diberi padanya...ingin sekali kukumpul bahagia untuk berkongsi dengannya…ingin sekali kukumpul doa agar Allah memeliharanya dan daku serta ahli keluarga yang tersayang..

Kalian..bantulah daku mendoakan insan ini...Dia adalah antara insan yang sentiasa membantuku,menyokongku,mendoakanku…bantulah daku mendoakan agar kembali berusaha menjadi contoh padaku..dan kembali menyinar bagai dulu..bantulah daku yang terbaik buatnya dan kita semua di dunia dan akhirat…Sesiapa yang mengenalinya pasti tahu..tiada kalimah lain yang terlontar dari lidahnya di awal ayat dan di akhir ayat..Alhamdulillah..InsyaAllah…Astaghfirullah…Nau’zubillah..

Doaku buatmu..

“Ya Allah..insan ini kini sedang dalam kesedihan yang tiada kutahu..Sedang akhlaknya sentiasa menyejukkan hatiku..dan dia sentiasa mendahuluiku dalam mengejar cintaMU..Dia sentiasa menyokongku Ya Allah..aku yang serba kurang ini tidak pernah berasa rendah bersamanya,kerana dia sentiasa merendahkan dirinya..malah dia bangga denganku yang jauh lebih kurang darinya walaupun daku 10 tahun lebih tua..Maka Ya Allah..kau tanamkahlah cinta kami hanya PadaMU…kau peliharalah setiap langkah kami hanya menujuMU..kau tanamkanlah kejayaan bagi kami berkeranakanMU Ya Allah…Dan..KAU tenangkanlah hatinya Ya Allah…kerana di ketika ini langkahnya lemah..langkahnya lesu..berikanlah kekuatan Ya Allah padanya..kerana dia jarang sekali mensia-siakan nikmatMU..dia jarang sekali meraguiMU..temanilah dia Ya Allah..kerana di ketika ini,tiada daya melainkan dayaMU untuk menyuntik semangatnya..memguatkan langkahnya..menggembirakan hatinya..tiada daya lain melainkan DayaMU Ya Allah..tetapkanlah yang terbaik buat kami dunia akhirat..Ameen..”

Jadi, M**,tanamkanlah azimat dalam hati bahawa dalam setiap perkara, kita harus cuba yang terbaik..dan kita Cuma manusia..maka bertawakkallah..dan ingatlah..putus asa bukan sifat seorang muslim..lihatlah ke belakang..nampakkah 1pasang tapak kaki itu? Itulah Allah yang sedang mengendongmu M**..maka senyumlah kerana Allah sentiasa bersamamu…

Pada adik-adikku..dan keluargaku..doa ini juga kumohon buat kalian..

K♥♥♥♥

Monday, November 29, 2010

kerja @ online business cum housewife??

Assalamualaikum...
Salam sayang semua..
Since x de sape tau identiti lulu sangat..
sebenarnya lulu ada kedai..
tp kedai online jela..
namanya : Kedai Lulu
.......................... ^.^

ni bukan sessi promosi tau..
sebenarnya da lama da hati ni berbelah bagi..
nk sangat buat bisnes...kecik ke..cikai ke...x kisah...
tula..dulu2..time keje bank...
dulu lulu keje bank..gaji byk jgk..
tp astaghfirullah..azabnya..sesiapa yg lalui je tau..
rasanya 3 international bank lulu da keje...

time keje, buat keje..
time lunch,sambung keje..lunch tolak petang sbb customer ramai time lunch..
so kena la back up staff2..
yg paling sedih nk tau x bila time solat??
x de...x de allocation pun utk solat...
huh..geram mula2...tpranjat..
solat zohor & asar kena amik "package"...
tau x?Astaghfirullah..lama lulu bdosa mbelakangkan solat...
sbb apa?sbb lulu takut keje x bagus kena buang...
Ya Allah ampuni dosa2ku yg lalu..
dan teruslah menemaniku dlm setiap langkahku..

Sedihkan?
lagi sedih bila, lama-lama...
lulu terbiasa...biasa dgn keadaan package tu...
kdg x payah back up staff pun x dulukan solat...
still amik "package" ke neraka tu..
sedihnya...malunya bila ingat balik..
balik pukul 12 malam tu biasala..
bukan perkara luar biasa..
sampai la satu hari...

ni la dia cerita..
how where when "Kedai Lulu" bermula..




Asalnya keinginan berhenti dah lama lulu rancang,
bila bertunang..lulu rancang nak bhenti keje..
nak keje dgn ayah..( huhu..keje jgk tp dgn ayah sendiri..)
jadi..lulu fikir..x pela..kalau kumpul pengalaman macamanapun experience dalam resume tu tetap banking line...
x pela..berhenti je..kerana tak nak terlibat dgn riba' lagi dah..
ayah support...mek (lulu panggil mak lulu mek.. ^_^) lagi la suka..
siap sujud syukur..
then mula la keje dengan ayah...
jadi all rounder..i do what has to be done when there's not enough people to complete the task..
tapi...ayah lulu kontraktor..
jadi..bila byk keje..byk sgt2..
bila x de keje..x tau nk buat apa..

So...sambil2 tu..lulu pun jual la contact lense kat blog..(tp slow sgt..sbb lense x famous lagi 2 tahun lepas..)
dan batik sutera dari kelantan jual pada kawan2 mek..(mak lulu cikgu..)
Sbb keje kerajaan kan kena pakai batik hari Khamis..
Dari keuntungan sikit tu..Lulu amik kain pasang pulak..
dan lulu bukak akaun Facebook lain..dan lulu namakan Kedai Lulu..
:)

Tapi.....................................
time ni keje lagi dgn ayah..
Rupanya, ayah lulu x suka lulu buat bisnes kat ofis, time keje..
kecewa jugak mula2..
sbb lulu bawak pengaruh tak baik pada staff ayah yg lain..
sbb diorg pun nk buat benda lain time keje...
sedih sgt..lulu bukan sengaja...Maaf Ayah..
pastu Lulu berhenti...
dan bermula la perjalanan berliku berniaga di Kedai Lulu...

Sekarang...alhamdulillah..
masa ada sikit...tp keje di rumah..jadi banyak masa habiskan di rumah..
dan Alhamdulillah..hak Allah sentiasa Lulu utamakan..cuma kdg2 tersekat dlm jam..
sampai rumah lewat...tapi Alhamdulillah..
sekarang jarang sekali Lulu sengaja lewatkan solat..
jarang sekali Lulu di luar rumah di waktu malam..
dan jarang sekali Lulu berbelanja untuk menghias diri nak pergi pejabat...
Masa banyak habis di rumah.. :) rasa mcm gembira yg x terkira..

Perjalanan untuk sampai stabil perniagaan ni..
sangat berliku2..
InsyaAllah, ada peluang Lulu kongsi pengalaman..
mana tau boleh membantu ibu2 @ suri rumah yg nk berniaga juga..
:)

Jadi, kalau sesiapa tanya Lulu, mana lagi baik :
Bekerja @ biz di rumah&jadi housewife?

Duduk Rumah jadi housewife jauh lebih baik..
Takkan ada kawan2 yg boleh pengaruh kita..
dan Allah akan sentiasa menemani kita..

^_*

P/S : kat sini Lulu nak ucapkan terima kasih banyak2 pada suami,ayah,mek,anas,jah,hamzah,zaid,fatimah,wahida & sa'ra..(adik2 & adik2 ipar lulu)
sebab korang byk sgt bantu,sokong lulu buat bisnes kecik2 smpai sekarang..
dan paling utama, pada Allah, sebab kurniakan rezeki,kesihatan,nyawa dan keluarga yg hebat untuk berjuang di bumi Allah..
I love u all so much..

terima kasih ayah,mek...♥ syg mek ayah..


Beloved family..skrg da bertambah sorang lagi.. :) hero kecil no 2..
alhamdulillah...



Friday, November 19, 2010

pilihanku...ketentuanMu..

Alhamdulillah...

Kini ada celahan masa utkku mencoret warna baru dalam hidupku..
Ammar namanya... :) yang ke 2..
yang pertama...Safiyullah namanya..
Sesiapa yang melihat pasti kan tenang jiwanya..
Mudah2an Allah memelihara mereka bdua agar sentiasa dalam rahmat,barakah dan peliharaanNya...

hmm...namun acapkali org btanya..
"Bila lagi?"
dan lidah terkunci...
mulut bagai bisu...

Hati kan terguris juga..
Kadang kala serasa mau lari dari dunia...
huhu...sedangku pasti dunia ini fana (sementara)..
Ya Allah..benar ini ketentuanMu..
Ya Allah..aku redha..
Namun, jika ini fitnah yg mampu kutanggung...
Maka persiapkan daku Ya Allah..
Jika ini dapat menguatkan imanku padaMu..
Maka teguhkan hatiku Ya Allah...
Sesungguhnya..dugaan ini kecilnya amat..
Namun, daku bukan insan mulia..
Ujian ini cuma cerca manusia..
Tetapi sudah berulang kali kutewas dalam kata manusia..
Bagaimana Ya Allah..aku mau kuat..mau tegar..
Aku ingin mjadi muslimah dan mujahidah MU..
Ini cuma kata kosong manusia..
Daku pasti janjiMu pasti berlaku..

Ssungguhnya..aku hanya ingin bersandar kepadaMu..
maka bantulah daku Ya Allah...

Takkan daku mati dek keji manusia..
kerana manusia yg mengeji itu bukanlah manusia terpuji...
Takkan daku hina dek kata manusia..
kerana disisiMu hanya ENGKAU yang tahu..
Takkan daku musnah dek perbuatan manusia..
kerana ENGKAUlah yg Maha Berkuasa..

Esok belum tentu datang...
Semalam pasti tak kembali...
Ya Allah..
berikan daku sebuah hidup yang dapat membawaku ke syurgaMU..
Dengan cahaya mata ataupun tidak..
Aku tahu..jika diberi pilihan..
pasti ku pilih mahu..
tetapi Engkau Maha Mengetahui..
pasti ini yg tbaik buatku..
InsyaAllah...

Temaniku dlm setiap nafasku...
Pelihara daku dlm setiap perbuatanku..
dan jangan ENGKAU tinggalkan daku walau sesaat atau tempoh yang lebih singkat dari itu Ya Allah...

Pilihanku untuk terus berusaha mendapatkan zuriat untuk memperjuangkan agamaMU Ya Allah...namun semuanya terletak di tanganMu...
dan kuterima walau apa jua ketentuanMU...

Pilihanku belum tentu baik untukku...
Dan ku pasti..
KetentuanMu adalah yang terbaik buatku...

Monday, June 21, 2010

Salam Ukhuwwah...Salam Permulaan...

Alhamdulillah...
Kini sudah terlaksana janji saya pada diri untuk menulis...
Semuanya bermula dengan mendengar nasihat adik bongsu saya yang memberitahu saya...
Nasihatnya : " Kak long, ada 3 perkara yang Islam tuntut umatnya lakukan...Pertama, membaca...Kedua, menulis...dan Ketiga, Bangun di malam hari..."
Dalam pada kata-kata hikmahnya pada saya...di dalam hati saya menangis sendiri...
Ya Allah..begini sekalikah jahilnya diri ini? Di saat itu, saya nekad, akan menjadi Muslimah yang lebih baik di tiap ketika...menjadi Muslimah yang akan mencintai ilmu dan sentiasa memperbaiki diri ini...

Namun,tetap gembira kerana, Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana dikurniakan adik yang sentiasa menasihati diri ini dengan penuh lemah lembut dan hikmah...sentiasa ada keluarga yang mengingatkan diri ini pada Allah...Walau saya jauh ketinggalan di belakang adik-adik sendiri..namun, saya yakin jika setiap hari saya perbaiki diri ini...InsyaAllah, suatu hari saya akan dapat mengejar adik-adik saya dan menyaingi mereka...
Itu impian saya buat masa ini, selain dari mendapat redha Allah di setiap ketika dalam setiap perkara dan menjadi isteri yang solehah...

Adik bongsu saya muda 10 tahun dari saya, dalam jurusan kedoktoran di UKM, namun ilmunya telah jauh melebihi saya...lebih-lebih lagi Ilmu nya tentang Islam..betapa segan diri ini pada adik-adik, masing-masing jurutera, pensyarah, doktor, bakal jurutera, dan bakal doktor...insyaAllah...sedangkan saya masih hanya penuntut di UiTM sahaja...

Inilah perkara yang membuat saya akhirnya sedar, umur tidak menentukan ilmu pengetahuan, jarak umur 10 tahun telah saya sia-siakan dengan ilmu dunia yang tidak ke mana-mana...Inilah dia perkara yang membuat saya ingin mengorak langkah baru dalam hidup ini...
Di mana bermulanya? Dari hati ini...
Dan sejak bila? Bermula dari diberi hidayah Allah beberapa minggu yang lalu...dan diberi ilham oleh Allah pada hari ini...untuk mencoret lakaran baru dalam hidup ini..

Ya Allah...ampunilah dosaku, dosa suamiku, dosa ibu bapaku, dosa adik beradik ku, dosa keluargaku, dosa guruku, dosa sahabatku dan dosa seluruh muslimin dan muslimat...Ampunilah kami Ya Allah...dan selamatkanlah kami umat Islam akhir zaman...

Kepada adik-adikku yang tersayang...semoga hidup kita semua diberkati Allah...terima kasih atas segala nasihat dan contoh yang kalian berikan...Barakallah huli walakum...
Kak Long sayang semua, anas,weda , jah, hamzah, sa'ra, jack dan mah...

Love,Hugs,kisses dan doa :
Kak Long